'Ada Suami Pun Macam Takde, Buat Saya Semakin Tawar Hati'

'Ada Suami Pun Macam Takde, Buat Saya Semakin Tawar Hati' | Apa nak buat kalau sudah tawar hati dengan suami sendiri? Mungkin sebab kami banyak sangat bergaduh, selepas itu saya pujuk hati sendiri. Lama kelamaan hati menjadi tawar. Rasa sayang dan cinta semuanya telah mati.

ister, gambar isteri suami, suami isteri

Saya ini sudahlah jenis yang lone ranger sikit. Even sebelum kahwin pun saya jalan seorang-seorang, drive seorang. Bila sudah kahwin, masih tidak berubah.

Suami langsung tidak pernah risau kalau isteri dia turun ke bawah apartment, pergi kereta seorang diri ambil barang, pergi kedai seorang diri pada waktu malam. Dia ada tetapi macam tak ada. Semua benda tak boleh diharap. Rasa macam kahwin dengan adik lelaki sendiri, bukan suami!

Saya banyak adik lelaki which as kakak, saya spendkan masa dan duit untuk mereka dulu. Jadi macam itu jugalah saya rasa dalam perkahwinan ini.

Rasa tanggungjawab suami juga kurang. Hutang pada parents saya sebab dia accidentkan kereta ibu saya dan tak reti-reti nak bayar. Padahal sudah banyak kali saya ingatkan dia. Tetapi dia buat-buat lupa.

Dia macam tidak pernah dan tidak boleh hidup susah. Padahal sebelum kahwin, pernah sekali dalam hidup dia, susah sangat sampai tak makan sebab tak ada duit. Sebelum ini juga dia lama menganggur. Sayalah yang korek duit untuk bayarkan sewa bilik dia. Sayalah yang bagi duit belanja makan minum dia. Saya jugalah yang jual handphone saya untuk bantu dia.

Saya rasa saya tak nak bazirkan hidup saya lagi, sudah-sudahlah saya menjadi bodoh. Saya sangat sayangkan parents saya, yang asyik tolong saya setiap kali ada masalah. Saya nak fokus balas budi mereka, bukan lagi menyusahkan mereka.

Saya tak takut title janda, paling penting saya rasa saya tak perlukan orang yang tak tahu fungsi sebenar suami. Solat pun tidak, kalau agaduh, apa yangsaya minta berubah itu macam tak masuk langsung dalam kepala hotak dia. Janganlah cakap suruh slow talk dengan suami, takkan jalan dan saya sebenarnya agak ragu-ragu dengan happily ever after untuk diri sendiri. Tawar sangat hati ini.  - PIXEL MEDIA

'Ada Suami Pun Macam Takde, Buat Saya Semakin Tawar Hati' 'Ada Suami Pun Macam Takde, Buat Saya Semakin Tawar Hati' Reviewed by OH Buletin on 8:26 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.