Terkini MS804: "Kami Dah Jumpa Bangkai Pesawat", kata VP Egypt Air

Terkini MS804: "Kami Dah Jumpa Bangkai Pesawat", kata VP Egypt Air | Bangkai pesawat EgyptAir MS804 telah berjaya ditemui, kata Egypt Air.

missing plane, kapal terbang, flight, missing plane ms804

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden(VP) Egypt Air, Ahmed Adel, menerusi satu temubual ekslusif oleh wartawan CNN, Christiane Amanpour sebentar tadi.

"Kami telah menemui bangkai pesawat Egypt Air", kata Ahmed dipetik CNN.

Perkara itu juga disahkan oleh EgyptAir menerusi satu kenyataan di Facebook.

Menurut kenyataan tersebut, bangkai itu ditemui berdekatan dengan pulau Karpathos, Greek dan kini pasukan pencari Greek sedang mencari bahagian-bahagian pesawat yang masih hilang.

missing plane, kapal terbang, flight, missing plane ms804

Pesawat yang membawa 56 penumpang, 3 pegawai keselamatan, dan 7 anak kapal itu dilaporkan sedang berada di ketinggian 37,000 kaki dan baharu sahaja memasuki ruang udara Kaherah ketika hilang dari radar.
Terkini MS804: "Kami Dah Jumpa Bangkai Pesawat", kata VP Egypt Air Terkini MS804: "Kami Dah Jumpa Bangkai Pesawat", kata VP Egypt Air Reviewed by OH Buletin on 7:41 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.