'Tidak Akan Kurang Hartamu Dengan Bersedekah'

'Tidak Akan Kurang Hartamu Dengan Bersedekah' | Pernah satu ketika dulu saya takde duit, saya jalan-jalan sorang diri ke pekan, tiba-tiba jumpa makcik minta sedeqah…saya ni jenis mudah simpati, lantas selok poket ada beberapa keping duit syiling, saya bagi dan terus berlalu pergi.

sedekah, gambar sedekah, orang bersedekahm fadhilat bersedekah

Ternyata Allah ganti sedikit duit yang kita beri dengan ikhlas tu dengan kurniaan yang berganda-ganda, pada hari yang sama juga saya naik teksi sapu, ada seorang pakcik tua, kami bersembang dan saya kenalkan diri sebagai seorang pelajar.

Lepas kami turun teksi, dia genggam tangan saya dan bagi saya sekeping wang kertas. Alangkah terkejutnya saya ianya berupa note seratus dolar Amerika. Pakcik tu berlalu pergi tinggalkan saya sambil tersenyum, sedangkan saya masih terketar-terketar bagaikan bermimpi. Kisah ini berlaku semasa saya belajar diluar negara.

Kisah kedua semasa hari saya menduduki peperiksaan, 2 subjek pada hari yang sama. Malamnya saya hampir tidak tidur langsung, mengulangkaji subjek. Kedua dua subjek banyak topik yang saya tinggalkan.

Kebetulan peperiksaan jatuh pada hari Jumaat, ada tabung misi kemanusiaan untuk Syria diluar masjid, waktu tu saya memang takde duit sangat. Namun, saya yakin Allah akan ganti dengan balasan yang berganda, tak semestinya wang ringgit. Saya sedekahkan beberapa ringgit, dengan niat ikhlas kepada Allah, dalam masa yang sama saya berdoa kepada Allah agar mustajabkan doa saya.

Ternyata benar hadis nabi yang saya baca tertulis di kain rentang di universiti, yang berbunyi : tidak akan kurang hartamu dengan bersedekah. Alhamdulillah walaupun saya tidak sempat ulangkaji semua topik, namun saya mampu menjawab semua soalan dengan mudah. Allah mudahkan jalan, idea datang mencurah-curah. Saya mampu menjawab soalan tidak sampai sejam, walaupun ianya sangat susah, ramai kawan-kawan mengeluh dan mengadu.

Alhamdulillah ya Allah, kawan-kawan percayalah akan keberkatan disebalik keikhlasan dan pengorbanan yang kita berikan. Ianya tidak sia-sia, Allah pasti akan membalasnya! - OH BULETIN
'Tidak Akan Kurang Hartamu Dengan Bersedekah' 'Tidak Akan Kurang Hartamu Dengan Bersedekah' Reviewed by OH Buletin on 11:07 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.