Tragedi Tren Bertembung: Pemandu Tren Bebas Pengaruh Dadah | Ujian air kencing terhadap pemandu tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang terlibat dalam kemalangan pada 7 Mei lalu disahkan bebas daripada pengaruh dadah.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementeriannya akan menerima laporan awal siasatan pada minggu hadapan daripada pasukan khas siasatan kemalangan yang diketuai KTMB.
[ Artikel Berkaitan : Punca Tren KTMB Bertembung Dikenalpasti ]
"Jika ada unsur kecuaian, kita akan terus menggantung pemandu yang terlibat. (Kesalahan) ini tidak boleh diterima. Kesalahan akibat kecuaian adalah amat serius dan perlu tindakan tegas," katanya.
Tiong Lai berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Jom JPJ peringkat Pahang anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di Dataran Trans di sini, hari ini.
Beliau mengulas perkembangan siasatan kemalangan melibatkan tren Ekspres Rakyat (Butterworth-Johor Baharu) dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) (Kuala Lumpur-Ipoh) di KM322 berhampiran stesen Kuala Kubu Baharu yang mengakibatkan tiga penumpang cedera ringan. - BERNAMA

Tragedi Tren Bertembung: Pemandu Tren Bebas Pengaruh Dadah
Reviewed by OH Buletin
on
3:29 PM
Rating:

No comments: