Ustaz apa hukum 'left group' WhatsApp? | "Bila kita 'leave group' bukan kita putus silaturahim...putus silaturahim ini haram dosa besar, berat sangat itu sebagai contoh kalau putus silaturahim ini ada bapa saudara buang bapa saudara 'leave group' bukan sampai tahap begitu," demikian penjelasan pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus ketika ditanya mengenai hukum seseorang yang bertindak 'leave group' WhatsApp.
Azhar Idrus berkata, oleh itu jika seseorang itu hendak 'leave group' mereka disarankan agar memberitahu terlebih dahulu agar tidak menimbulkan sebarang andaian yang negatif.
"'Left group' ini ada pelbagai alasan, kadang-kadang sebab kita tidak suka keadaan orang yang berbual dalam itu, kadang-kadang kita rasa grup itu tiada faedah, dan kadang-kadang terlalu banyak grup.
"Cuma sebaik-baiknya kalau kita tidak nyatakan sebab biarlah orang tahu sebabnya, bila orang sudah tahu mereka tidak tertanya-tanya... Bila kita nak keluar minta maaf, nyatakan sebab, jadi boleh 'leave group' tiada masalah," katanya ketika menjadi panel dalam Program Bersama Ustaz Azhar Idrus, Aku, Ramadan dan Facebook di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.
Dalam pada itu, Azhar Idrus menyarankan agar pengguna media sosial menggunakan platform teknologi itu, untuk menyebarkan dakwah dan perkara-perkara yang baik melaluinya.
"Bukan perkongsian hadis dan dakwah-dakwah sahaja, perkongsian tentang ilmu semasa seperti 'bagaimana untuk memasak dengan baik' juga boleh dikongsi di media sosial," katanya.

Ustaz apa hukum 'left group' WhatsApp?
Reviewed by OH Buletin
on
11:57 PM
Rating:

No comments: