(Video) Apek Cetus Kemarahan Netizen, Lemaskan Kucing Bunting Dalam Sungai

(Video) Apek Cetus Kemarahan Netizen, Lemaskan Kucing Bunting Dalam Sungai | Video seorang lelaki berusia lewat 50'an membunuh seekor kucing betina yang bunting mula tersebar di media sosial pagi ini.

uncle bunuh kucing, bunuh kucing, video apek

Video yang dimuat naik oleh Story Love itu cetus kemarahan para pencinta kucing.

"Tolong viralkan dan ambil tindakan terhadap uncle ini. Uncle ini sudah banyak membunuh kucing. Terbaru, dia bunuh kucing yang bunting. Mohon ambil tindakan sebelum banyak lagi kucing yang menjadi mangsa," katanya.

Berdasarkan video, lelaki terbabit mengurung kucing terbabit di dalam sangkar kecil yang diikat dengan tali, kemudian direndam dalam sungai sehingga kucing malang itu mati lemas.

Individu yang merakam video berkenaan memberikan amaran kepada lelaki tersebut namun tidak dipedulikan.

(Video) Apek Cetus Kemarahan Netizen, Lemaskan Kucing Bunting Dalam Sungai (Video) Apek Cetus Kemarahan Netizen, Lemaskan Kucing Bunting Dalam Sungai Reviewed by OH Buletin on 1:01 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.