Video Perigi Nabi Yusuf A.S Dibuang Oleh Saudaranya

Video Perigi Nabi Yusuf A.S Dibuang Oleh Saudaranya | Kisah Nabi Yusuf tersurat dalam Surah ke-12 al-Qur'an. Nama surah itu pun mengambil sempena nama Nabi Yusuf, iaitu Surah Yusuf. Menurut suatu sumber, baginda dikatakan tinggal di sekitar tahun 1700 S.M, iaitu kira-kira 3,700 tahun dahulu. Atau, kurang lebih dua ribu tiga ratus tahun sebelum kemunculan Nabi Muhammad.

perigi nabi Allah Yusuf, perigi yusuf a.s, gambar perigi yusuf

Cerita bermula dengan mimpi Nabi Yusuf semasa dia kanak-kanak. Mimpi itu diceritakannya kepada bapanya Yaakub, yang juga menjadi seorang Nabi.

"Apabila Yusuf berkata kepada bapanya, 'Ayah, saya melihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya melihat mereka sujud kepada saya".

Setelah mendengar cerita Yusuf, bapanya melarang mimpi itu daripada diceritakan kepada saudara-saudaranya. Dia juga memberi tahu Yusuf bahawa Tuhan telah memilihnya dan mengajarnya takwil mimpi.


Abang-abangnya tidak suka padanya kerana mereka sangka Yusuf dan adiknya Bunyamin lebih dicintai oleh bapa mereka daripada mereka. Lalu mereka bercadang untuk membunuh atau membuang Yusuf ke tempat lain.

Akan tetapi, seorang daripada mereka berkata, “Tidak, janganlah membunuh Yusuf, tetapi lemparlah dia ke dasar perigi, dan sebahagian pengembara akan memungutnya, jika kamu mahu melakukan”.
Video Perigi Nabi Yusuf A.S Dibuang Oleh Saudaranya Video Perigi Nabi Yusuf A.S Dibuang Oleh Saudaranya Reviewed by OH Buletin on 9:57 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.