'Wahai Sahabat, Aku Menyesal.. Sungguh Menyesal!'

'Aku Menyesal.. Sungguh Menyesal!' | 19 Mei 2016, genap sebulan pemergian sahabat aku ke rahmatullah. membayangkan sem depan aku terpaksa menerima orang baru sebagai roomate, tak sanggup rasanya. Tiga tahun aku dan arwah menjadi roomate. Tempoh yang cukup lama arwah bersabar dengan segala kerenah aku. Tempoh yang cukup lama arwah berkorban sehabis terbaik untuk menjadi sahabat disisi aku. Bukan mudah aku nak terima orang baru dalam hidup.

muslimah sejati, sahabat, kisah sahabat

"Esok kelas aku pukul 9 tau, jangan lupa kejutkan." Sebingkas tu arwah terus capai handphone lepastu set alarm. Esok pagi, setiap 15 minit dia akan kejutkan aku, walaupun aku tahu tiada orang yang suka diganggu oleh bunyi alarm berkali-kali, tapi kerana dia sangat kenal sikap aku, dia sanggup korbankan masa tidurnya.

"Weyh, tolong jap masukkan laptop dalam beg sementara aku nak siap." Bergegas dia tolong masukkan laptop aku tanpa merungut.

Pulang je dari kelas, mulut kami masing-masing rancak bercerita apa yang terjadi dalam kelas. Rutin harian dan satu kelebihan sebab kami berlainan bidang. Semua nama kawan sekelasnya aku ingat, begitu juga aku. Kadang sampai jadi pertengkaran, gara-gara masing-masing nak bercerita kisah sendiri dahulu. So, siapa nak mendengar kan? hahahaha..

Tugasan aku kadang-kadang menyebabkan aku pulang lewat ke bilik kadang pukul 4am. Salah satu sikap aku adalah penakut, especially nak ke toilet pada waktu macam tu pulak. Arwah mudah je bangun bila aku kejutkan untuk temankan aku ke toilet pukul 4am, walaupun time tu dia tengah sedap tidur. Sorry awak..

Aku bukan seorang yang mudah sensitif, tapi bila bab makan memang cepat je aku nak mengamuk kalau ada yang tidak menepati selera aku. Kadang dia letih balik dari kelas tapi disebabkan kesiankan aku yang tidak cukup tidur, so dia keluar tapaukan makanan kat aku. Pernah sekali dua dia berpatah balik ke kedai kerana terlupa nak bungkuskan telur dadar.

Seminggu sebelum kau kembali kepada Pencipta Yang Maha Agung. Aku saksikan derita kau bertempur dengan ajal. Aku tak pernah salahkan orang yang menyebabkan kau terlantar koma selama beberapa hari atas katil hospital. Sekurang-kurangnya ada hikmah pada kejadian itu. Aku belajar untuk redha atas segala kemungkinan yang bakal terjadi pada kau sahabat.

Aku miliki masa paling lama bersama engkau, bercerita pelbagai kisah walaupun mata kau terpejam lena, tapi aku takut kau sunyi dan terasa hati jika aku tidak berkongsi lagi kisah harian aku kepada kau. Menangis aku setiap kali selesai mendoakan kau agar kembali seperti dahulu walaupun aku tahu mustahil dengan keaddan kau ketika itu.

Tiga hari terakhir kau didunia ini, Allah berikan keajaiban. Kau sedar dari tidur yang lama. Ya Allah, aku bersyukur sangat-sangat sampaikan basah pipi aku dengan air mata kesyukuran.

"Aku rindu kau sangat!! Aku sayang kau! Jangan tidur lagi.." Sambil aku peluk dia erat. Cuma tuhan yang tahu perasaan aku ketika itu. Tiga hari terakhir itu, aku melihat kau dengan pandangan yang berbeza.

"Ya Allah.. sahabat yang aku sayang masih bernafas depan mata aku, Terima Kasih Ya Allah!" setiap saat ucapan itu muncul dalam hati aku. Setiap kali dia mengadu sakit, bergegas aku panggilkan nurse dan setiap kali itu air mata aku mengalir, terlintas dalam hati aku, "Aku masih belum bersedia sebenarnya Ya Allah, jangan kau ambil dia lagi Ya Allah".

Malam sebelum kau meninggal, doktor maklumkan pada semua ahli keluarga berita yang paling sukar aku terima. Doktor maklumkan bahawa kadar denyutan jantung kau turun dengan mendadak. Selesai mendengar perkhabaran tersebut, kaki aku terus melangkah ke surau hospital.

Aku teruskan bersujud di surau hospital sambil mengalirkan air mata. Terasa kabur pandangan ketika membacakan surah yasin yang sejujurnya aku tujukan untuk kau, setiap maksudnya aku tidak fahami tapi aku mengharapkan keajaiban dari Yang Esa untuk dirimu sahabat. Selesai hajat ku kepada Yang Esa, kaki kembali melangkah ke wad. Terasa seakan tidak berpijak ke lantai, bila dimaklumkan sahabat aku telah menghadap Ilahi disaat aku mengharapkan keajaiban setelah pulang dari surau. Pertama kali dalam hidupku kehilangan orang yang aku sayangi dan pertama kali juga aku tidak merasai tubuh aku sakit apabila jatuh kelantai dan aku tidak sedar bila air mata aku berhenti.

Harini, sehingga saat ini aku menyesal.. Menyesal sangat! aku jarang ucapkan terima kasih atas segala pengorbanan dia. Aku terlupa bahawa menjadi seorang yang 'sweet' bukan hanya untuk bf/gf sahaja, ni la masanya kau nak hargai pengorbanan sahabat kau dengan ucapan yang 'sweet'.

Aku terlupa bila kau pernah terluka dengan aku, tapi aku tak pernah ucap kata maaf. Sahabat, sem depan aku pasti dan yakin yang aku akan membandingkan roomate baru aku dengan kau. Terima Kasih Ya Allah, Kau hadirkan sahabat yang terbaik walaupun untuk seketika. Rasa masih basah pipi ini dengan linangan air mata saat aku kucup dahi kau terakhir kali. Masih terasa lagi hangat tubuh kau bila aku peluk kau disaat-saat akhir hayat kau.

Al-Fatihah sahabat.
'Wahai Sahabat, Aku Menyesal.. Sungguh Menyesal!' 'Wahai Sahabat, Aku Menyesal.. Sungguh Menyesal!' Reviewed by OH Buletin on 8:15 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.