Wak Doyok Hangin Dituduh 'Gay' Dengan Myo Oh Chentaku

Wak Doyok Hangin Dituduh 'Gay' Dengan Myo Oh Chentaku | Sebelum ini pernah terpalit dengan dakwaan yang mengatakan bahawa figura fesyen ini meminati kaum sejenis, kali ini sekali lagi Wak Doyok dilanda perkara yang sama apabila sebuah blog telah melabelkan Wak bersama Myo dari kumpulan Oh Chentaku sebagai pasangan gay.

wak doyok, gambar wak doyok gay, wak gay

Ramai di antara peminat Wak mahupun Myo sedia maklum bahawa kini mereka sedang menjalani penggambaran siri televisyen selama 50 hari negara Jepun. Namun sebagai manusia biasa, Wak tidak dapat menahan kesabaran dan meluahkan perkara berkenaan di Twitter.

Masih ada mulut longkang. Weh aku shooting lah dol. Apa dah pekak punya blog ni,

 Ada peminat yang mengambil kesempatan untuk mengusik Wak namun bagi yang tidak meminati Wak, ada saja yang tidak kena di mata mereka.

Wak Doyok dan juga Myo sebelum ini pernah bekerjasama dalam dua siri rancangan yang sama dan antara dua lokasi yang mereka pernah jelajahi sebelum ini ialah Korea dan juga Indonesia. Buat Wak dan Myo, buat tidak tahu sajalah dengan perkara sebegitu. Layan sangat pun, tidak ke mana perginya
Wak Doyok Hangin Dituduh 'Gay' Dengan Myo Oh Chentaku Wak Doyok Hangin Dituduh 'Gay' Dengan Myo Oh Chentaku Reviewed by OH Buletin on 5:12 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.