Waktu Keluar Mengundi PRN 11 Sarawak Ditetapkan

Waktu Keluar Mengundi PRN 11 Sarawak Ditetapkan | Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) bermula jam 8 pagi.

prn ke 11 sarawak, prn11, sarawak,pilihan raya umum sarawak, pilihan raya negeri sarawak, PRN 11 sarawak, PRN, pilihan raya kecil, keputusan pilihan raya sarawak

Terdapat sejumlah 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota keselamatan serta pasangan mereka yang boleh mengundi di 79 pusat pengundian.

Sebanyak 33 pusat pengundian akan ditutup pada 2 petang dan selebihnya 46 pusat akan ditutup 5 petang, berdasarkan kepada bilangan pengundi di pusat-pusat berkenaan.

Kertas undi bagi pengundi awal hanya akan dikira mulai pukul 4 petang pada hari pengundian biasa (7 Mei) yang dilaksanakan secara berkelompok di tempat pengiraan undi yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut senarai SPR, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan mempunyai jumlah pengundi awal paling ramai iaitu 7,055 orang, diikuti Bukit Sentosa (3,163 pengundi), Nangka (3,043), Batu Kawah (1,241) dan Sri Aman (1,075).

Bagaimanapun, jumlah pemilih itu tidak melibatkan 418 pengundi awal di dua kawasan Dun - Bukit Kota dan Bukit Sari, berikutan kemenangan tanpa bertanding BN di kedua-dua kerusi itu pada hari penamaan calon, 25 April lepas. - BERNAMA
Waktu Keluar Mengundi PRN 11 Sarawak Ditetapkan Waktu Keluar Mengundi PRN 11 Sarawak Ditetapkan Reviewed by OH Buletin on 10:24 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.