Zain Saidin Sedih Kehilangan Bapanya Malam Tadi

Zain Saidin Sedih Kehilangan Bapanya Malam Tadi | Bapa kepada pelakon terkenal Sasha dan Zain Saidin telah meninggal dunia kira-kira jam 8:45 malam tadi.

Allahyarham Mohamad Saidin Osman, 69, menghembuskan nafas terakhir  di Hospital Melaka, akibat komplikasi jantung.

gambar ayah zain saidin meninggal, ayah zain saidin, shasha saidin, ayah zain

Berita sedih ini dikongsi oleh Sasha menerusi akaun Instagramnya, ujarnya Allahyarham ayahnya  merupakan seorang insan yang berhati mulia dan ringan tangan membantu orang ramai.

"Kepada semua sahabat dan keluarga, dengan rasa sebak saya ingin memaklumkan bahawa bapa saya telah menghembuskan nafasnya, Allahyarham Tuan Haji Mohamad Saidin Osman, pada jam 8:45 malam.

gambar ayah zain saidin meninggal, ayah zain saidin, shasha saidin, ayah zain

"Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat dan keluarga di atas sokongan, doa dan segala jasa baik yang telah diberikan. Ayah merupakan insan yang baik. Dalam hidupnya, dia selalu mendahulukan keluarga dan sahabatnya, dan saya percaya dia telah meninggal satu kenangan yang penuh dan bermakna.

"Untuk makluman, mandi jenazah di Masjid As-Sakirin, Jalan Gombak Batu 5 3/4 jam 8:00 pagi Rabu (11 Mei, 2016) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ibu Kota, Danau Kota, Gombak," tulisnya dilaman Instagramnya hari ini.

Jenazah Mohamad Saidin Osman, 69, dikebumikan di Tanah Perkuburan Ibukota, Danau Kota sebelum Zohor, hari ini.
Zain Saidin Sedih Kehilangan Bapanya Malam Tadi Zain Saidin Sedih Kehilangan Bapanya Malam Tadi Reviewed by OH Buletin on 7:17 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.