5 Gambar Ngeri Letupan Bom Pub IOI Mall Puchong 28 Jun 2016

Gambar Ngeri Letupan Bom Pub IOI Mall Puchong 28 Jun 2016 | Empat lelaki dan empat perempuan dilaporkan cedera selepas berlaku letupan di sebuah kelab hiburan di Puchong, awal pagi tadi.


Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata letupan dipercayai dari bom tangan berlaku di kelab malam Movida di IOI Boulevard, jam 2.15 pagi.


“Kami akan menyiasat segala kemungkinan sama ada persaingan perniagaan, dendam mahupun individu tertentu yang berniat melakukan perbuatan itu,” katanya.


Memetik laporan The Star, ketika kejadian pengunjung yang berada di pub sedang menonton siaran langsung Euro 2016 yang menampilkan pasukan England dan Iceland.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Puchong dilaporkan menerima laporan kejadian kira-kira pukul 3 pagi.


Lima daripada mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan manakala tiga lagi dihantar ke Hospital Sunway.

5 Gambar Ngeri Letupan Bom Pub IOI Mall Puchong 28 Jun 2016 5 Gambar Ngeri Letupan Bom Pub IOI Mall Puchong 28 Jun 2016 Reviewed by OH Buletin on 2:02 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.