Alhamdullilah, Ameng Spring Khatam Al-Quran Lebih 100 Kali Di Penjara

Alhamdullilah, Ameng Spring Khatam Al-Quran Lebih 100 Kali Di Penjara | Melalui kehidupan didalam penjara selama lima tahun bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan malah bagi Ameng Spring, beliau akui mengalami kemurungan teruk pada tahun pertama menjalani hukuman penjara akibat kesalahan dadah. Namun semangatnya kembali bangkit apabila dirinya mula mendalami ilmu agama.


“Nak senyum pun sudah tak berdaya. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya menangis. Ketika solat menangis, malah ketika nak makan pun menangis. Tiada kawan untuk bercakap dan mengadu. Masa itu saya bagaikan hilang keyakinan diri kerana membayangkan suatu masa nanti boleh jadi gila dengan keadaan begitu di penjara”

“Setiap hari saya akan cari seorang daripada banduan yang pandai mengaji dan minta dia mengajar. Saya akhirnya berjaya khatam al-Quran dalam tempoh empat bulan dan dalam tempoh itu juga saya mampu mengajar orang lain,” jelasnya kepada Projek MMO berkongsi tentang bagaimana beliau melalui kehidupan di penjara.

Sebelum ini, Ameng telah dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun serta 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada April 2011 di atas tiga kesalahan, dimana dua daripadanya kerana memiliki dadah. Bagaimanapun, beliau dibebaskan dari Penjara Kluang pada 14 Jun lalu selepas diberi pengampunan kerana berkelakuan cemerlang

Alhamdullilah, Ameng Spring Khatam Al-Quran Lebih 100 Kali Di Penjara Alhamdullilah, Ameng Spring Khatam Al-Quran Lebih 100 Kali Di Penjara Reviewed by OH Buletin on 12:54 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.