Awie Sahkan Sudah Bertunang, Dedah Kenapa Syarifah Ladyana Istimewa Di Matanya

Awie Sahkan Sudah Bertunang, Dedah Kenapa Syarifah Ladyana Istimewa Di Matanya | Selepas menyaksikan pelbagai kemelut yang melanda rumah tangga Awie dan bekas isteri, Rozana Misbun baru-baru ini, dunia hiburan dikejutkan pula dengan berita pertunangan Awie bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Syarifah Ladyana berikutan beberapa keping gambar majlis pertunangan mereka yang diadakan secara tertutup telah tersebar.


Sekitar minggu lalu, ada desas-desus mengatakan bahawa penyanyi lagenda rock itu telah menjadi tunangan orang dan nama wanita berkenaan turut terpalit. Namun selepas tersebarnya gambar Lady diapit oleh kedua anak Awie, Putri Leeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha didalam sebuah majlis pertunangan bagaikan menjawab persoalan yang timbul.


Memetik daripada laporan Berita Harian, majlis pertunangan secara tertutup itu dikatakan telah diadakan di Hotel Vistana Pulau Pinang, Bukit Jambul pada 3 Jun lalu. Majlis yang berlangsung itu juga dimaklumkan hanya dihadiri oleh beberapa ahli keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak termasuk ahli anggota kumpulan Wings sahaja.

Pada masa yang sama, dikhabarkan Awie memilih wanita yang juga bekerja didalam sebuah syarikat penerbangan yang dikenalinya beberapa tahun lalu itu kerana sikapnya yang penyayang terhadap kedua anak-anak beliau. Malah ada juga dakwaan mengatakan bahawa Awie dan Lady bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.

Terbaru, Awie menerusi portal Kosmo! Online telah mengaku bahawa dia telah bertunang.

“Ya, memang saya telah bertunang dan semua fakta yang dinyatakan sebelum ini benar,” kata Awie. Sementara itu, Awie juga turut menjelaskan bahawa dia tidak berhasrat mengumumkan pertunangannya kepada umum kerana menyifatkan perkara itu sebagai peribadi dalam kalangan keluarganya.


Awie Sahkan Sudah Bertunang, Dedah Kenapa Syarifah Ladyana Istimewa Di Matanya Awie Sahkan Sudah Bertunang, Dedah Kenapa Syarifah Ladyana Istimewa Di Matanya Reviewed by OH Buletin on 11:20 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.