' Baru 5 Hari Kenal Dah Nak Raba² '

'Baru 5 Hari Kenal Dah Nak Raba²' | Dulu masa mula-mula masuk belajar pernah kenal dengan senior dekat Universiti. Luaran memang okey. Mula-mula  kenal dia dah start cakap sayang saya la, nak jaga sampai bila-bila la. Lepas tu saya tanya bila-bila tu sampai bila tapi dia tukar topik. Masa tu saya dah syak benda lain dah.

raba-raba, meraba, gambar nakal, gambar meraba

Hari kelima kenal, kami jumpa 'face to face'. Saya bukan main lagi berdiri jauh tapi dia makin dekat. Tengah bercakap-cakap tu tangan dia sibuk nak sentuh pipi la, bahu la.

Seram sangat masa tu. Sebelum ni memang tak pernah jumpa dengan laki macam tu.

Esoknya tu dia hantar pesanan Whatsapp ajak keluar teman dia makan. Tapi saya tolak sebab dia nak makan kat kedai luar. Lama tu nampak dia typing lama sangat. Dah rasa sesuatu sebenarnya.

Ya betul jangkaan saya. Dia cakap dia tak boleh tipu diri dia. Katanya baik saya sakit hati sekarang dari kemudian hari.

Saya cuma cakap okey terima kasih. Memang langsung tak sedih.

Saya bersyukur sangat sebab Allah masih sayang saya. Putus dengan dia dapat elakkan maksiat. Sampai sekarang saya dah stop couple dengan sesiapa.


' Baru 5 Hari Kenal Dah Nak Raba² ' ' Baru 5 Hari Kenal Dah Nak Raba² ' Reviewed by OH Buletin on 12:17 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.