Berita Buruk Buat Penggemar Sandal Crocs

Berita Buruk Buat Penggemar Sandal Crocs | Tidak dinafikan bahawa sandal Crocs memang memberikan keselesaan kepada penggunanya kerana ringgan sehingga ada yang memilih untuk memakainya dalam kegiatan setiap hari.

bahaya kasut crocs, kasut crocs

Lapor Huffington Post, podiatrist (pakar kaki) Dr Megan Leahy, dari Chicago, Amerika berkata, Crocs boleh menyebabkan kaki sakit dan bermasalah jika dipakai terlalu kerap atau lama.

"Sayang sekali, Crocs tidak disaran untuk digunakan setiap hari atau sehari suntuk," katanya

Menurutnya, Crocs memang direka dengan komponen yang membuatkan kaki penggunanya rasa selesa. Tetapi sandal Crocs ini mempunyai kekurangan di bahagian perlindungan tumit.

"Ketika dataran kasut di bahagian tumit tidak stabil, jari kaki dan tapak kaki boleh meradang, memburukkan lagi bentuk jari kaki, masalah pada kuku dan membuat bahagian sebelah kaki sakit," jelasnya.

Dr Alex Kor, Presiden American Academy of Podiatric Sports Medicine, mengesahkan bahawa mereka yang sering memakai Crocs sepanjang hari seringkali mengadu sakit di bahagian lengkungan tapak kaki dan tumit.

Jelasnya, sandal Crocs hanya sesuai dipakai oleh mereka yang mempunyai lengkungan tapak kaki tinggi dan lebar sahaja.

"Saya sarankan orang ramai memakai sandal Crocs selama 8 hingga 10 jam sehari. Lebih dari 10 jam, adalah tidak digalakkan," katanya

Berita Buruk Buat Penggemar Sandal Crocs Berita Buruk Buat Penggemar Sandal Crocs Reviewed by OH Buletin on 3:33 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.