Berita Palsu Peluk Islam, Accapan Buat Laporan Polis

Berita Palsu Peluk Islam, Accapan Buat Laporan Polis | Pelakon dan pelawak Acapan telah membuat satu laporan polis tengah hari semalam kerana penyebaran video dan gambar yang mengatakan dia sudah memeluk Islam, lapor Harian Metro.


Walau bagaimanapun, selepas viral berita tersebut, Acappan telah membuat penafian tentang perkara tersebut dan membuat laporan polis di Balai Petaling, Jalan Klang Lama.

Acappan dikatakan telah memeluk islam di surau Jenderam Hilir, Sepang dan memilih nama Muhammad Ramadhan kerana memeluk islam pada bulan Ramadan.

Acappan atau nama sebenarnya R Samynathan mengakui terkejut dengan perkara tersebut dan dia tidak menyangka kunjungannya ke surau berkenaan menjadi viral di media sosial.

Tambahnya, dia berada di surau tersebut kerana menghormati jemputan berbuka puasa yang diterima olehnya daripada beberapa orang sahabat.

Berita Palsu Peluk Islam, Accapan Buat Laporan Polis Berita Palsu Peluk Islam, Accapan Buat Laporan Polis Reviewed by OH Buletin on 8:25 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.