Buli UiTM – Pelajar Perempuan Disuruh Beronani?

Buli UiTM – Pelajar Perempuan Disuruh Beronani? | Ketika pendedahan buli secara melampau di Universiti Teknologi Mara (UitM) Puncak Perdana dan hastag #BatchFerarri mula trending, banyak lagi kisah-kisah buli di pusat pengajian tinggi tersebut mula kedengaran.


Seorang netizen mendakwa bahawa budaya buli sudah wujud sekitar 80-an yakni ketika UiTM masih dikenali sebagai ITM sahaja.

Paling memeranjatkan, ada budaya buli ketika itu yang sudah jatuh ke tahap yang sangat buruk perilakunya seperti pelajar perempuan diarahkan beronani di hadapan pelajar senior perempuan yang lain.





Dalam isu di UiTM Puncak Perdana, wujud dakwaan pelajar sekumpulan senior dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) dikenali sebagai Batch Ferrari telah ‘mendera’ pelajar-pelajar junior melakukan perkara-perkara tak rasional demi mendapatkan 200 autograf senior dalam masa tiga hari.

Demi tugasan berkenaan mereka dikatakan perlu memakai tag nama besar bersaiz kertas A4 sepanjang masa termasuk ke kelas dan kedai makan sepanjang tempoh orientasi.
Pelajar junior juga dikehendaki melakukan apa sahaja permintaan senior sekiranya ingin mendapatkan tanda tangan mereka antaranya masuk dalam almari, menyanyi dan meniup kipas guna boxer.

Apa pun yang didedahkan, isunya kini apakah perlu ada budaya buli di peringkat pusat pengajian tinggi?

Buli UiTM – Pelajar Perempuan Disuruh Beronani? Buli UiTM – Pelajar Perempuan Disuruh Beronani? Reviewed by OH Buletin on 3:17 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.