'Eloklah Raya Pertama Di Rumah Isteri'

'Eloklah Raya Pertama Di Rumah Isteri' | Perkara ini kebiasaannya akan menjadi pertelingkahan di antara pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Isteri akan menggunakan hujahnya tersendiri dan si suami pula akan menggunakan kuasanya sebagai ketua keluarga yang mesti dipatuhi.


Ada teknik dan tips untuk anda berdua membuat keputusan: 


1. Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa), "Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jikau engkau genapkan menjadi 10 tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku InshaAllah, dari orang-orang yang baik layanannya." Al Qashash: 27

Kalaulah ingin merujuk pada ayat di atas, pengantin lelaki perlu berkorban tinggal bersama ayah mertua dan membantunya selama 8 tahun. Tetapi dengan keadaan sekarang, perkara ini tidak mungkin boleh berlaku.

Namun kita boleh ikuti konsepnya iaitu, dalam tempoh 8 tahun, si suami utamakan rumah mertuanya dahulu. Dalam kes pulang beraya ke kampung, elok utamakan rumah isterinya.

2. Orang perempuan banyak menggunakan emosi dan perasaannya dalam setiap urusannya. Sedangkan lelaki hanya fokus mindanya kepada sesuatu tugasan. Dia boleh mengabaikan emosi dan perasaannya. Oleh itu, isterilah yang lebih terkesan menyambut hari raya pertama.

Apa lagi dengan status dia sebagai seorang isteri, jiwanya pasti mengelabah untuk pertama kalinya menyambut raya di rumah orang lain. 1,001 macam dalam fikiran yang menghantuinya. Oleh itu, raya pertama di rumah isteri.

3. Jika isteri ini telah ada bilik tidur khas di rumahnya dan suaminya pula tiada bilik khas dirumahnya, ini akan menyebabkan isteri tidak selesa jika terpaksa berkongsi bilik persalinan dengan ipar-iparnya. Oleh itu, eloklah raya pertama di rumah isteri. Tetapi jika suaminya memang ada bilik khas, sila rujuk tips 1 dan 2 di atas.

4. Tetapi kalau sepanjang ramadhan, pasangan ini tinggal di rumah isterinya, maka eloklah susun strategi untuk berhari raya pertama di rumah kampung suaminya.

5. Jika suami adalah anak tunggal, dinasihatkan buat rancangan untuk berpuasa 2-3 hari awal di rumah kampung isteri. Kemudian berhari raya pertama di rumah suami. Sebab kehadiran anak tunggal dengan isterinya ini memberi kesan positif bertambah sayang ibu mertua kepada anak menantunya.

Selamat berbincang.

'Eloklah Raya Pertama Di Rumah Isteri' 'Eloklah Raya Pertama Di Rumah Isteri' Reviewed by OH Buletin on 2:42 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.