[Gambar] Dua Beranak Maut Dalam Kemalangan 16 Kenderaan di KM 405.8 PLUS

[Gambar] Dua Beranak Maut Dalam Kemalangan 16 Kenderaan di KM 405.8 PLUS | Dua beranak maut dalam kemalangan melibatkan 16 buah kenderaan di Kilometer 405.8 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Kuala Lumpur di sini pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi itu, mangsa, Nurul Syazeila Iryani Suhaimi, 28, dan bayinya, Hanna Humaira Mohd. Hasnun yang berusia setahun lima bulan meninggal dunia di lokasi kejadian


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, kejadian berlaku apabila sebuah treler yang berada di lorong kanan terbabas ke lorong tengah sebelum merempuh lima buah kereta termasuk kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa.

“Akibat rempuhan tersebut, kereta dinaiki mangsa telah tersepit di antara dua buah treler.

“Kejadian itu menyebabkan kenderaan lain tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran seterusnya,menyebabkan 2 orang mangsa meninggal dunia manakala 5 orang cedera ringan.” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang maut di bawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Manakala Pemandu Treller di tahan untuk siasatan lanjut dan Ujian Air Kencing,Kes disiasat di bawah Sek. 41(1) APJ 1987.






[Gambar] Dua Beranak Maut Dalam Kemalangan 16 Kenderaan di KM 405.8 PLUS [Gambar] Dua Beranak Maut Dalam Kemalangan 16 Kenderaan di KM 405.8 PLUS Reviewed by OH Buletin on 10:40 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.