Hidu Gam Atas Bumbung, 5 Remaja Ditahan

Hidu Gam Atas Bumbung, 5 Remaja Ditahan | Susulan viral gambar sekumpulan anak-anak muda menghidu gam di atas bumbung, pihak Polis IPD Kota Kinabalu dengan kerjasama penguat kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menahan seorang budak dan empat remaja termasuk dua perempuan yang berusia 9 - 17 tahun, pagi tadi.


Kesemua mereka ditahan pada jam 9.55 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, dua daripada mereka ditahan ketika sedang menuruni tangga bumbung bangunan tersebut, manakala tiga lagi ditahan di sekitar Kampung Air.


"Semua yang ditahan telah dibawa ke IPD Kota Kinabalu. Empat daripada suspek termasuk dua budak lelaki yang berusia 9 tahun mengaku menghidu gam. Manakala seorang lagi mendakwa hanya menemani rakan-rakan mereka sahaja," katanya lapor Harian Metro.


Tiga daripada suspek mempunyai dokumen akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk kaunseling dan tindakan lanjut. Manakala dua lagi remaja yang tidak mempunyai dokumen ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.





Hidu Gam Atas Bumbung, 5 Remaja Ditahan Hidu Gam Atas Bumbung, 5 Remaja Ditahan Reviewed by OH Buletin on 10:27 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.