Ibu Berkorban Nyawa Selamatkan Anak Digilis Kereta

Ibu Berkorban Nyawa Selamatkan Anak Digilis Kereta | Membawa ke syurga kasihnya ibu..Demi anak yang dicintai, seorang ibu pasti sanggup melakukan apa sahaja termasuk berkorban nyawa.

ibu meninggal selamatkan anak, gambar ibu syurga

Itulah yang dilakukan seorang wanita yang sempat menolak anak perempuannya berusia enam tahun ke tepi jalan sebelum dirinya dilanggar sebuah kereta di Jalan Kuala Kedah, Alor Star di sini hari ini.

Dalam kejadian menyayat hati kira-kira pukul 8.30 pagi itu, Nor Shafiya Mohd. Jamil yang patah paha kanan selepas diselamatkan ibunya hanya mampu melihat jasad wanita itu terbaring kaku di atas jalan di hadapan sebuah kedai laksa di Telok Kechai di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidi berkata, mangsa, Syariah Sariman, 42, dan anaknya itu sedang berjalan kaki di tempat kejadian sebelum dikatakan melintas jalan tersebut secara tiba-tiba.

ibu meninggal selamatkan anak, gambar ibu syurga

Katanya, keadaan itu menyebabkan pemandu sebuah kenderaan yang datang dari arah Kuala Kedah ke pusat bandar tidak sempat mengelak, lalu melanggar mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala disahkan me­ninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan.

Ibu Berkorban Nyawa Selamatkan Anak Digilis Kereta Ibu Berkorban Nyawa Selamatkan Anak Digilis Kereta Reviewed by OH Buletin on 4:49 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.