Ibu Tergamak Bakar Anak Perempuan Sendiri Sebab Kahwin Lari

Ibu Tergamak Bakar Anak Perempuan Sendiri Sebab Kahwin Lari | Seorang wanita Pakistan tergamak membakar anak perempuannya berusia 17 tahun sebagai hukuman kerana berkahwin lari dan tidak mengikut kehendak keluarga, lapor AP


Polis berkata, ibu Zeenat Rafiq, Parvenn mengikat mangsa di katil bayi sebelum mencurahkan petrol dan membakar mangsa.

Jiran mangsa, Nighat Bibi yang merupakan golongan kelas pekerja di bandar timur Lahore bergegas ke rumah mangsa sebaik mendengar jeritan gadis itu namun ahli keluarganya menghalang mereka memasuki rumah.

Polis yang tiba ke lokasi kejadian menemui mayat gadis yang rentung berhampiran tangga dan menahan ibu mangsa tidak lama selepas itu.

Suami mangsa, Hassan Khan memberitahu wartawan, mereka bercinta sejak dibangku sekolah lagi, namun keluarga menolak pinangannya sehingga memaksa mereka berkahwin lari bulan lalu.

Hassan turut menunjukkan afidavit persetujuan ditandatangi isterinya di hadapan majistret dan gambar pada telefon bimbitnya yang menunjukkan Zeenat tersenyum memakai pakaian bewarna merah.

Katanya, sebelum kejadian , ibu serta bapa saudara isterinya itu melawat mereka untuk memujuk wanita itu pulang ke rumah dan mengadakan upacara perkahwinan semula bagi mengelakkan mereka dihina kerana berkahwin lari.

"Zeenat pernah memberitahu, jangan membiarkan dia pergi kerana mereka pasti akan membunuhnya,": katanya dipetik AP.

Pegawai polis tempatan, Sheikh Hammad berkata, Parveen mengaku membunuh gadis itu dengan bantuan anaknya Ahmar.

Memetik kenyataan wanita itu berkata, dia tidak menyesal melakukan pembunuhan itu.

Sementara itu, pegawai polis Ibadat Nasir berkata, badan mangsa menunjukkan tanda-tanda dipukul dan dicekik.

Ibu Tergamak Bakar Anak Perempuan Sendiri Sebab Kahwin Lari Ibu Tergamak Bakar Anak Perempuan Sendiri Sebab Kahwin Lari Reviewed by OH Buletin on 10:04 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.