Iftar Ala-ala "Shell Out" Di My Story Cafe Kota Kemuning

Iftar Ala-ala "Shell Out" Di My Story Cafe Kota Kemuning | Hari ini, lokasi iftar bagi Ramadhan yang ke-13 dimana pilihan tempat untuk OH Buletin adalah di My Story Cafe Kota Kemuning Shah Alam.


Menggunakan konsep santai, kafe ini menyediakan ruang untuk kanak-kanak bermain dan berhibur tatkala ibu bapa menjamu selera ataupun melepak bersama kawan-kawan.


Selain itu, terdapat hiasan dekorasi pokok besar di laluan pintu masuk cafe ini yang memberi daya tarikan tersendiri justeru menarik minat pelanggan untuk saja-saja datang bergambar berhampiran pokok besar tersebut.


Terdapat banyak menu yang disediakan terutamanya Western Food, namun kali ini pihak OH Buletin cuma mahu fokus akan hidangan ala-ala "Shell Out" mereka yang diperkenal kan pada penghujung tahun 2015 iaitu hidangan "Jari Comot".


Hidangan "Jari Comot" berkonsepkan makan bersama keluarga di atas meja yang dilapik sehelai plastik putih tanpa pinggan, dan terdapat pelbagai pilihan makanan laut untuk sama dinikmati.


Mengikut pemerhatian OH Buletin, terdapat beberapa pakej "Jari Comot" yang disediakan dari range harga RM60 sehinggalah RM180 mengikut bajet dan pilihan menu yang anda tetapkan.

Disarankan untuk anda pergi sendiri mencuba menu yang OH Buletin nyatakan disini untuk tahu sedap atau tidak hidangan "Jari Comot" My Story Cafe Kota Kemuning ini.


Details My Story Cafe Kota Kemuning, Shah Alam

Nama Premis : My Story Cafe
Lokasi : No 8 Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y, Kota Kemuning , 40460 Shah Alam , Selangor (Waze)
Layari laman Facebook, Instagram dan Website cafe ini.
Waktu beroperasi :
Isnin hingga Khamis, 12.00pm – 10.00pm
Jumaat, 3.00pm – 11.00pm
Sabtu, 12.00pm – 11.00pm
Ahad, 5.00pm – 11.00pm


Iftar Ala-ala "Shell Out" Di My Story Cafe Kota Kemuning Iftar Ala-ala "Shell Out" Di My Story Cafe Kota Kemuning Reviewed by OH Buletin on 1:38 AM Rating: 5

1 comment:

  1. nice place..but management kena cari jalan jangan bagi lalat masuk dalam kedai...annoying sikit.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.