Inilah Wajah Lelaki Tergamak Tetak Kaki Nenek Hingga Putus Sebab Tak Dapat Duit

Inilah Wajah Lelaki Tergamak Tetak Kaki Nenek Hingga Putus Sebab Tak Dapat Duit | Wanita warga emas putus pergelangan kaki kiri selepas ditetak remaja lelaki yang cuba menyamunnya di rumahnya di Kampung Tanjung Rendang, Lemal, di sini.


Kejadian berlaku kira-kira 6 petang tadi ketika mangsa, Mek Som Mat Diah, 89, berehat di ruang tamu rumahnya bersama seorang anak perempuan berusia 50-an.

Difahamkan, remaja berusia 19 tahun yang juga jiran sekampung mangsa menceroboh rumahnya dan meminta wang.

[ Artikel Berkaitan : Kejam! Lelaki Tetak Nenek Tua Sebab Tak Dapat Duit ]

Bagaimanapun, dia mula bertindak agresif apabila mangsa dan anaknya enggan memberikan wang diminta.

Anak perempuan Mek Som berjaya melarikan diri ketika kejadian, namun Mek Som ditumbuk di muka dan kakinya ditetak dengan senjata dipercayai jenis pisau.


Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Ibrahim Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

“Suspek sudah ditahan penduduk kampung yang melihat kejadian dan akan dibawa ke Mahkamah Pasir Mas esok untuk perintah tahanan reman,” katanya.

Bagaimanapun Harian Metro melaporkan hari ini Perintah tahanan reman sehingga Ahad depan dikeluarkan oleh Majistret Mohd Izuddin Shukri terhadap lelaki berusia 19 tahun itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan ujian air kencing terhadap remaja itu mendapati dia positif dadah.

Inilah Wajah Lelaki Tergamak Tetak Kaki Nenek Hingga Putus Sebab Tak Dapat Duit Inilah Wajah Lelaki Tergamak Tetak Kaki Nenek Hingga Putus Sebab Tak Dapat Duit Reviewed by OH Buletin on 2:27 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.