Jenuh Cari Kerja Tak Jumpa Tapi...

Jenuh Cari Kerja Tak Jumpa Tapi... | Seorang pelajar perempuan yang kini sedang menuntut di luar negara berkongsi kisahnya mendapat tiga tawaran kerja sambilan pada bulan Ramadan ini selepas puas memburu kerja di merata tempat selama ini.

gadis berdoa, gambar dais baca doa, baca doa, gadis

Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Bunga Pastel, gara-gara terbaca satu pengakuan di laman Facebook, IIUM Confessions BM berkaitan Surah Al-Waqiah magnet rezeki, dia tertarik untuk mencuba dan akhirnya ketika membaca surah tersebut, dia menangis teresak-esak.

“Saya tak berhenti cari kerja, berbulan cari, padahal saya cari kerja sambilan saja. Kedai mahal-mahal, kedai makan, cakap saja. Semua saya mohon.

“Lepas terbaca tentang magnet rezeki itu, saya cuba tapi ALLAH sentuh hati saya malam itu. Menangis saya baca Al-Waqiah. Kenapa? Sebab saya baca maksud surah itu sekali. Saya ingat maksud surah itu berkait dengan rezeki, rupanya tidak,” ceritanya yang dipetik melalui perkongsian dia laman Facebook tersebut, hari ini.

Bercerita lagi, pelajar yang mengaku sedang menuntut di negara Islamphobia itu mengakui beragama Islam dan bertudung menyukarkan lagi untuknya mendapatkan pekerjaan.

“Saya buat solat sunat taubat, zikir, minta ampun dan berdoa tanpa henti sampai saya letih. Esoknya saya sambung cari kerja semula. Pada petang itu, saya buka e-mel, ada dua e-mel masuk dari syarikat yang saya pernah mohon. Pertama, mereka kata permohonan gagal, dalam hati saya, saya patut sedar diri, tak mesti buat ibadah satu malam, terus makbul doa.

“Saya pun buka e-mel kedua dan saya fikir mungkin mereka terhantar e-mel yang sama tapi sebenarnya mereka jemput saya untuk temu duga bagi jawatan yang berbeza. Alhamdulillah, saya tahu tak semestinya saya dapat kerja itu, tapi sekurang-kurangnya diberi peluang untuk pergi temu duga. Dapat atau tak, itu ALLAH saja boleh tolong,” katanya.

Rezeki untuknya datang lagi apabila selang beberapa hari, dia mendapat pesanan daripada bekas majikan yang menawarkan pekerjaan sambilan untuknya selama dua hari.

“Alhamdulillah. Sehari dua pun, ada juga dapat duit daripada tak buat apa. Malam yang sama, saya pergi berbuka puasa di masjid. Ada seorang kakak ini yang saya selalu bertegur di masjid, tanya saya nak kerja tak? Gaji boleh tahan tapi sambilanlah.  Alhamdulillah.

“Nampak tak kuasa berdoa di bulan Ramadan, Al-Waqiah, taubat dan ibadah? Tiga tawaran kerja sambilan sekali gus,” katanya.

Katanya, sesiapa yang menghadapi masalah sama sepertinya agar mendekatkan diri dengan ALLAH.

“Apa pun saya bersyukur sangat sekarang. Jadi, yang belum dapat kerja atau duit asyik tak cukup, cubalah baca Al-Waqiah, solat fardu jangan tinggal. Lagi dekat kita dengan ALLAH, lagi ALLAH kasihi kita.

“Perancangan ALLAH hebat, jadi, jangan pernah putus asa. Salam Ramadan,” nasihatnya.

Jenuh Cari Kerja Tak Jumpa Tapi... Jenuh Cari Kerja Tak Jumpa Tapi... Reviewed by OH Buletin on 11:56 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.