Kerana Berperangai Buruk, Khai Bahar Semakin Tenggelam....

Kerana Berperangai Buruk, Khai Bahar Semakin Tenggelam.... | Entah di mana silapnya, banyak sangat cerita tidak sedap dikaitkan dengan Khai Bahar, pendatang baru yang mula mencipta nama menerusi media sosial.


Sebaik dia mengikat kontrak dengan NAR Records dan menyertai industri muzik arus perdana, cerita tidak enak mengenai dirinya silih berganti. Ibaratnya dia bagaikan duduk atas bara api.

Bermula dengan penyebaran gambar intim dengan rakan lelakinya tidak berbaju, kemudian ada artis senior menegur penampilannya yang selekeh.

Isu ini berpanjangan apabila kononnya Khai menjawab kembali bahawa pengikutnya di laman sosial lebih tinggi berbanding artis senior yang menegur penampilannya.

Kemudiannya sewaktu menyertai satu persembahan membabitkan ramai artis, Khai tidak menegur dan menghormati artis lebih senior yang turut ada bersama.

Terbaru, berlaku perselisihan faham apabila seorang komposer menegur kenyataan Khai kerana menghidap tekak berdarah berpunca daripada teknik salah sewaktu menyanyi dan Khai membalasnya menerusi Twitter.

Hakikatnya kata Khai, dia tidak pernah mempunyai akaun Twitter. Kenyataan diberikan bintang laman sosial itu atas setiap isu buruk dikaitkan dengannya tidak dinafikan membuatkan umum melihat dia menjadi mangsa kebencian dan akhirnya berjaya meraih simpati umum.

Secara tidak langsung, ia turut membantu membina popularitinya yang semakin meningkat.

Begitupun, apabila menyertai industri arus perdana, sampai bila Khai mahu menjual simpati orang terhadapnya untuk meraih sokongan sedang karier nyanyian belum lagi terbukti.

Strategi menjual simpati tidak akan bertahan lama. Buktinya, kita sudah lihat sebelum ini berapa ramai artis realiti mencipta nama atas rasa simpati terus bertahan dan mampu terus gemilang namanya di puncak.

Malah ada antara mereka sudah tiada dalam industri dan usia kerjaya tidak sampai lima tahun.

Seharusnya Khai dan pengurusan NAR Records menilai kembali setiap cerita kontroversi yang dikaitkan dan mencari punca di mana silapnya.

Sekarang memang seronok apabila cerita kontroversi boleh mempopularkan Khai Bahar, tapi bayangkan apabila tiba masa untuk memasarkan lagu terbaru, umum tidak mahu ambil pusing mengenai karya didendangkan dan lebih berminat untuk mengetahui perkembangan kontroversi.

Khai harus melihat kembali sikapnya sehingga dia sering menjadi sasaran teguran penggiat seni lebih senior.

Mustahil kebanyakan artis senior menegur Khai Bahar atas rasa dengki. Mereka sudah berada di tempat paling atas dan untuk Khai berdiri sama tinggi dengan mereka mungkin mengambil masa lebih 10 tahun. Itupun kalau mampu mencapainya.

Cik Pang percaya teguran bukan mahu menjatuhkannya atau menutup periuk nasinya tapi mahu dia menjadi insan seni lebih baik. Ini kerana kebanyakan bintang ‘segera’ cepat benar mendongak langit dan tidak mahu lagi berpijak di bumi nyata.

Kerana Berperangai Buruk, Khai Bahar Semakin Tenggelam.... Kerana Berperangai Buruk, Khai Bahar Semakin Tenggelam.... Reviewed by OH Buletin on 7:54 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.