Kisah Gadis Keluar Berpakaian Seksi Di Bazar Ramadhan

Kisah Gadis Keluar Berpakaian Seksi Di Bazar Ramadhan | Kita lihat pakaian sesetengah kaum wanita yang semakin menjadi-jadi menjolok mata pada bulan yang mulia ini. Tentu tulisan ini membuatkan golongan hawa tersinggung, tapi apa yang dituliskan disini adalah sesutu yang wajar ditegur.

kisah gadis seksi di bazar ramadahan

Bukanlah saya ini tergolong dalam golongan alim ulama. Tetapi saya cuma rasa terpanggil untuk menyuarakan pandangan dan bercakap tentang isu ini. Ramai rakan-rakan saya boleh dikatakan hari-hari bercakap tentang isu yang sama. Tak bolehkah kaum bernama perempuan ini bersopan sikit bila berpakaian?

Satu persoalan yang boleh dikatakan sukar juga nak jawab. Kalau ditegur berlebihan nanti kita pula yang dipersalahkan. Padahal kalau tak tegur kita juga yang memandang berkurang pahala puasa.

Apa pun saya ada satu cerita menarik untuk dikongsikan bersama. Cerita menarik ini telah berlaku di sebuah bazar Ramadhan.

Ceritanya bermula bila seorang gadis dalam lingkungan 20 tahun tiba-tiba menjerit marahkan seorang lelaki yang asyik mengekorinya dan tidak terlepas memandang punggungnya.

Saya ada disitu terkejut bila orang ramai mula berkumpul keliling perempuan tersebut. Perempuan tersebut memaki hamun lelaki itu yang didakwa mengekorinya.

Malangnya tidak ada apa yang berlaku sebenarnya, malah lelaki itu juga tidak ditangkap. Lalu lelaki yang agak berumur itu cuba menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh perempuan malang tadi.

Katanya, dari awal lagi lelaki yang berusia sekitar 25 tahun itu telah mengekorinya dan membuatkan dirinya berasa tidak senang. Tujuan dia datang ke situ untuk mencari juadah berbuka puasa dan dia datang seorang diri.

Dengan selamba jawab lelaki yang mengekorinya, dia berbuat demikian kerana terlalu asyik melihat tubuh perempuan tersebut yang menayangkan sebahagian besar dadanya dan punggungnya pula menampakkan seluar dalam yang dipakainya.

Dia tahu perbuatanya itu salah, tetapi apa yang dilakukan ialah untuk menyedarkan perempuan tersebut. Dalam erti kata lain, dia rasa perbuatanya tidak salah untuk memandang cara perempuan tersebut berpakaian seolah-olah meminta untuk dipandang.

Begitulah adanya cerita tersebut. Kita tersenyum bila perempuan tersebut akhirnya mengalah dan berlalu dari bazaar Ramadan tersebut tampa sempat membeli satu juadah pun.

Air mukanya nampak aib apabila lelaki tersebut memberi sebabnya. Ekoran cerita yang berlaku secara spontan itu, saya bawalah berbicara dengan kawan-kawan lelaki dan sepupu perempuan.

Bagi yang perempuan walau pun cuba untuk menegakkan benang yang basah dengan mengatakan lelaki tersebut boleh didakwa kerana atas kesalahan melakukan gangguan seksual.

Kita tanya balik kenapa pula dianggap gangguan seksul kalau cara berpakaian perempuan tersebut seolah-olah memang untuk tontonan orang lain tidak kiralah perempuan mahupun lelaki.

Lalu dia jawab, susahlah orang lelaki ni, apa yang kita pakai pun salah! Takkanlah nak berkelubung sepanjang masa. Malas nak layan! Terus tukar topik lain kerana selera untuk berbual telah pun berkubur.

Saya bukannya nak mengajar orang perempuan berpakaian, tetapi daripada kisah yang terjadi dengan harapan orang perempuan sedarlah sikit ketika berpakaian sebabnya jika ada lelaki yang cuba menjeling buah dada dan seluar dalam yang dipakai kita rasa itu bukanlah satu gangguan seksual.

Renung-renungkanlah bersama!

Kisah Gadis Keluar Berpakaian Seksi Di Bazar Ramadhan Kisah Gadis Keluar Berpakaian Seksi Di Bazar Ramadhan Reviewed by OH Buletin on 4:39 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.