Kisah Perjalanan Hidup Rita Dari Kampung Hingga Ketali Gantung

Kisah Perjalanan Hidup Rita Dari Kampung Hingga Ketali Gantung | Suasana haru mewarnai pertemuan Poniyati ibu kepada Rita Krisdianti 28, seorang wanita yang di jatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Penang kelmarin 30.05.2016 setelah dinyatakan bersalah dalam kes sindiket pengedaran dadah tahap antarabangsa.

rita, gadis dihukum gantung di penang, gambar rita, kisah rita krisdianti, gambar rita krisdianti

Poniyati dalam lawatan terakhir pada bulan Februari lalu terus mendekap anak gadisnya yang sudah lama tidak bertemu, difahamkan semenjak pemergian rita pada tahun 2009 dia tidak pernah balik kekampungnya Ponorogo indonesia.

Tidak hanya Poniyati sang ayah juga turut menitiskan air mata yang masih tidak percaya bahwa anaknya itu terjebak dalam sindiket dadah antarabangsa.

"Kami sekeluarga masih tidak percaya dia, anak saya dijebak, bukan pengedar dadah” katanya.

Hidup dalam keluarga yang miskin, niat untuk membahagiakan kedua orang tua, itulah yang membuat Rita Krisdianti mahu menjadi tenaga kerja wanita Indonesia untuk memenuhi keperluan kehidupan keluarganya di Ponogoro, Indonesia.

Perjalanan hidup Rita menjadi TKW bermula pada tahun 2009 di Taiwan dengan perusahaan Penempatan Tenaga Kerja Indonesia Swasta ( PPTKIS) Asa Muli Indoman Power dan dikirim ke Singapura pada 2010 dengan PPTKIS Ciptakarsa Bumi Lestari.

Akhir tahun 2011 rita kemudian diterbangkan ke China dan Hong Kong, namun tidak mendapat visa kerja dan pekerjaan yang tetap.

Hampir dua tahun dengan pekerjaan yang tidak tetap di Hong Kong, Rita kemudian berpindah ke Macau dan berniat mahu balik kampungnya.

Di Macau Rita duduk disebuah rumah sewa milik IW, dan telah berkenalan ES dan RT

Ditengah keterpurukan itu Rita menceritakan kesusahan pekerjaan yang dihadapinya dan mahu balik ke Indonesia kepada ES dan RT, kemudian keduanya menawarkan pekerjaan sambil balik kampung kepada Rita dengan jumlah gaji yang cukup besar dan akan dibiayai kos perjalanan.

rita, gadis dihukum gantung di penang, gambar rita, kisah rita krisdianti, gambar rita krisdianti

Sebagai bisnes sari sutera dan meminta Rita membawa barang pesanan dari Thailand. Perjalanan pertama pergi ke New Delhi, India, mengambil barang titipan kemudian di bawa ke Malaysia melalui Penang selanjutnya di Penang barang itu akan di ambil oleh seseorang dan Rita akan balik ke Indonesia.

Rita kemudian menerima tawaran itu, sekaligus bagi Rita pekerjaan itu memudahkan dirinya untuk balik kekampung, oleh sebab itu ia hanya di tugaskan untuk balik ke Indonesia melalui route yang ditetapkan oleh ES.

Pada 9 Julai 2013 rita bersama ES terbang dari Macau Hong Kong ke New Delhi, India. Sampai di sana keduanya menginap satu malam.

Es berpesan akan ada sepasang kekasih yang mendatanginya menitipkan beg sebelum berangkat dengan penerbangan yang di tetapkan. Setelah itu Es pergi, sejak dari pada itu Rita mengatakan dia tidak dapat menghubungi Es lagi.

Tidak lama selepas itu Rita di datangi pasangan lelaki dan wanita berwarga negara Nigeria dimana wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Nita.

Nita dengan Rita kemudian menginap satu malam, manakala lelaki berkulit gelap itu pergi.

Pada 10 Julai 2013, lelaki berkulit gelap itu kemudian datang semula dan menyerahkan dua beg kepada Nita dan Rita.

Nita berpesan kepada Rita nanti selepas sampai di Penang akan ada orang yang mengambil beg tersebut dan membawanya ke Thailand.

Kemudian Rita terbang ke Malaysia terlebih dahulu kemudian di susuli  oleh Nita. Begitu sampai di Penang, para petugas Polis Diraja Malaysia menangkap Nita dan Rita kerana beg mereka berisi dadah jenis shabu dengan jumlah 4 kilo seorang.

Kes Rita sebenarnya dibentangkan sejak tahun 2013 dengan 18 persidangan sampai 30.05.2016, sengaja tidak dihebohkan media tempatan karena permintaan ahli keluarga sejak dulu.

Bagaimanapun peguam Rita turut mengajukan fakta fakta seperti kunci beg tidak dimiliki Rita serta pengakuan Rita, tenyata tidak cukup untuk mendorong hakim meringankan hukuman Rita yang dijerat pasal 39B Akta Dadah Berbahaya Tahun 1952 dengan hukuman gantung sampai mati.

Anis, peguam Rita juga mengaku bukan hal mudah mengajukan langkah banding untuk meringankan hukuman gantung sampai mati yang di jatuhkan pada Rita, perlu kegigihan dan membentangkan bukti bukti kukuh didepan hakim selain dari memerlukan ruang untuk itu.

Sememangnya hukum Negara Malaysia sangat mengambil berat tentang jenayah dadah, itu tentunya yang harus kami hormati.katanya peguam Rita itu.

Beberapa pembelaan dari kedutaan Indonesia di Penang juga di kedepankan untuk mendekati hakim namun perkara itu hanya mendapati jalan buntu, hinggalah 30 Mei 2016 kelmarin Rita Krisnawati dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Penang, Malaysia.

Kisah Perjalanan Hidup Rita Dari Kampung Hingga Ketali Gantung Kisah Perjalanan Hidup Rita Dari Kampung Hingga Ketali Gantung Reviewed by OH Buletin on 9:42 AM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.