Langar Lari, Mayat Melekat Pada Kereta

Langar Lari, Mayat Melekat Pada Kereta | Akibat mabuk, seorang wanita di California, Amerika Syarikat tidak menyedari beliau terlanggar seorang pejalan kaki sehingga maut dan mengheret mayatnya sehingga ke rumahnya.


Laporan CNN mengatakan Esteysi Sanchez, 29 melanggar mangsa, seorang warga emas berusia 69 tahun pada malam Isnin selepas meminum arak.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa maut serta merta dan tersangkut pada cermin hadapan kereta jenis Pontiac yang dipandu Esteysi.

Mayat mangsa disedari oleh teman lelaki Esteysi selepas kereta di parkir.

Sementara itu, pihak berkuasa mengesahkan Esteysi berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

Esteysi bakal didakwa atas kesalahan memandu ketika mabuk, langgar lari dan membunuh mangsa.

Langar Lari, Mayat Melekat Pada Kereta Langar Lari, Mayat Melekat Pada Kereta Reviewed by OH Buletin on 10:15 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.