Lelaki Meninggal Dunia Ketika Menonton Filem The Conjuring 2, Kemudian Mayatnya Menghilang!!

Lelaki Meninggal Dunia Ketika Menonton Filem The Conjuring 2, Kemudian Mayatnya Menghilang | Seorang lelaki India mati selepas dia diserang sakit jantung ketika menonton filem seram The Conjuring 2.


Lelaki yang berusia 65 tahun itu dilaporkan mati selepas menonton fiem seram itu di Sri Balasubramaniar Cinema di Tiruvannamalai, Tamil Nadu.

Times of India melaporkan, polis berkata, lelaki itu diserang sakit jantung itu ketika klimaks (bahagian paling seram) filem terbabit.

Lelaki berkenaan kemudian dihantar ke hospital terdekat oleh seorang individu yang turut sama menonton filem tersebut namun setibanya mereka, lelaki itu telah disahkan meninggal dunia.

Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak terhenti di situ sahaja.

Selepas disahkan meninggal, staf hospital tersebut kemudian meminta individu itu untuk membawa mayat mangsa ke Hospital Tiruvannamalai Goverment Medical Hospital untuk bedah siasat.

Namun, mayat lelaki itu hilang bersama-sama dengan individu terbabit.

Polis kini sedang mencari individu berkenaan dan sedang mengenalpasti mangsa.

Lelaki Meninggal Dunia Ketika Menonton Filem The Conjuring 2, Kemudian Mayatnya Menghilang!! Lelaki Meninggal Dunia Ketika Menonton Filem The Conjuring 2, Kemudian Mayatnya Menghilang!! Reviewed by OH Buletin on 11:58 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.