Malaysia Tumpaskan Timor Leste 3-0

Malaysia Tumpaskan Timor Leste 3-0 | Harimau Malaysia menarik nafas lega apabila berjaya memperolehi bekalan selesa bagi aksi aksi kedua Play - Off Kelayakan Piala Asia Emirates Arab Bersatu (UAE) 2019 Isnin depan apabila menang 3-0 ke atas Timor Leste, sebentar tadi.

malaysia vs timor leste, timor leste kalah, malaysia vs timor leste

Permainan yang berlansung di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin itu menyaksikan Hazwan Bakri muncul sebagai wira pasukan negara apabila menyumbat dua gol.

Meskipun beraksi tanpa dua watak utama pasukan, Safiq Rahim dan R.Gopinathan yang digugurkan selepas mengalami kecederaan, jelas tidak menjejaskan permainan yang dirangka Datuk Ong Kim Swee sekali gus merekodkan kemenangan pertama skuad kebangsaan semenjak beliau menggalas tugas sebagai Ketua Jurulatih.

Bermula babak pertama, skuad negara beraksi garang apabila menguji gawang lawan dengan tandukan Aidil Zafuan pada minit ke-2 hasil sepakan penjuru Badrol Bakhtiar namun gagal menemui jaring gol.

Gol pembukaan tuan rumah dihasilkan menerusi bintang Selangor, Hazwan Bakri yang berjaya menguis hantaran lintang pertahanan, Fazly Mazlan pada minit ke - 17.

Serangan bertali arus Malaysia kemudiannya berjaya mencetak gol kedua pasukan negara juga menerusi Hazwan Bakri tiga minit selepas gol pertama hasil 'cutback' yang dilakukan Azrif Nasrulhaq.

Dalam cubaan melengkapkan hatrik pada perlawanan tersebut, Hazwan Bakri bagaimanapun gagal memanfaatkan hantaran kemas yang dilakukan S.Kunanlan pada minit ke-28 yang hanya dinafikan palang.

Bermula babak kedua permainan, pertahanan lawan, Filipe Oliviera nyaris menyumbat gol pertama buat pasukan dengan melakukan 'lob' ke atas Izham Tarmizi pada minit ke 54 namun tersasar beberapa inci dari palang gol.

Sejurus selepas itu, Amirul Hadi yang tidak dikekang pemain lawan terus melancarkan serangan ke gawang lawan namun percubaannya berjaya ditepis penjaga gol lawan, Ribeiro Maxanches.

Pasukan lawan sekali lagi berpeluang menghasilkan jaringan pada minit ke-84 apabila pemain gantian lawan, Walter Gama yang berjaya mngalahkan Izham namun sepakan leretnya agak tidak menemui jaring gol.

Pemain gantian Amri Yahya menutup tirai perlawanan apabila meledak gol ketiga pasukan selepas menerima hantaran kemas Hazwan. Keputusan kekal 3-0 sehingga wisel penamat.


Malaysia Tumpaskan Timor Leste 3-0 Malaysia Tumpaskan Timor Leste 3-0 Reviewed by OH Buletin on 11:16 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.