Menantu Zahid Hamidi Meninggal Dunia Gara² Kehilangan Oksigen?

Menantu Zahid Hamidi Meninggal Dunia Gara² Kehilangan Oksigen? | Menantu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi meninggal dunia di Pusat Prubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.

menantu zahid hamidi, zahid hamidi, menantu timbalan pm

BH Online melaporkan, dalam kejadian kira-kira 7 malam tadi, Syed Alman, 44, tidak sedarkan diri ketika membuat rawatan gusi di sebuah klinik pergigian di Bangsar di sini.

Allahyarham kemudian dikejarkan ke PPUM sebelum disahkan meninggal dunia.

[ Artikel Berkaitan : Jenazah Menantu TPM Selamat Dikebumikan ]

Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican, mengesahkan berita kematian itu.

"Jenazah Allahyarham kini berada di PPUM," katanya ketika dihubungi, malam ini.

Syed Alman Zain meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak iaitu Arjuna Iskandar, Zaheed Alwi dan Khadeeja Sofea.

Di laman Instagram, Nurulhidayah mengemaskini satu status yang menzahirkan rasa sedih di atas kehilangan itu.

menantu zahid hamidi, zahid hamidi, menantu timbalan pm


"Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Great Papa. Responsible husband. I lost someone that I can argue with. Bye sayang," katanya. (Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Ayah yang baik. Suami yang bertanggungjawab. Saya kehilangan seseorang untuk berbicara. Bye sayang)

BH Online juga melaporkan mereka difahamkan TPM dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lawatan kerja di Jepun dan dijangka tiba pada awal pagi nanti.

Portal Utusan Online pula berkata, punca Allahyarham meninggal adalah akibat kehilangan oksigen di PPUM. - Siakapkeli.my


Menantu Zahid Hamidi Meninggal Dunia Gara² Kehilangan Oksigen? Menantu Zahid Hamidi Meninggal Dunia Gara² Kehilangan Oksigen? Reviewed by OH Buletin on 10:46 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.