Netizen Berang Lelaki Yahudi Ini Berjaya Masuk Ke Malaysia

Netizen Berang Lelaki Yahudi Ini Berjaya Masuk Ke Malaysia | Gambar seorang lelaki Yahudi berlatar belakang bangunan Menara Kembar Petronas sambil memegang passport Israel tersebar di media sosial.

jews, malaysian jews, israel masuk malaysia

Gambar tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya marah dengan kehadirannya ke negara ini yang sememangnya mengharamkan mana-mana rakyat Israel dari memasuki Malaysia.

Rudy Rochman, bekas tentera Israel yang dalam perjalanan ke Sri Lanka mengakui singgah sebentar di Malaysia menggunakan passport Perancis. Difahamkan, Rudy mempunyai dua kerakyatan itu memilih untuk singgah di Kuala Lumpur.

"Beribu-ribu orang Israel pergi ke Asia setiap tahun sebaik tamat perkhidmatan dengan tentera untuk belajar dan memahami budaya yang berbeza. Tetapi Malaysia telah memutuskan untuk mengharamkan rakyat Israel dari memasuki negara mereka.

"Di belakang saya adalah Menara Kembar Petronas dan saya berjaya ke Malaysia untuk sehari menggunakan pasport kerakyatan Perancis.

"Walaupun saya tak menyarankan (rakyat Isreal yang lain) datang ke Malaysia tetapi saya rasa adalah perlu untuk merakam gambar ini untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai perkara itu.

"Walaupun ada segelintir rakyat Malaysia yang menyokong Israel secara diam-diam, kerajaan Malaysia dan penduduknya terus menyokong pengharaman ini terhadap rakyat Israel.

"Jika anda tidak tahu mengenai perkara ini, sila kongsikan agar yang lain sedar dengan sikap (kerajaan Malaysia) yang tidak bertoleransi ini," katanya.

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan kemarahan mereka, sesekali kerajaan juga turut menerima tempiasnya.

"Kenapalah aku tak tahu mamat ini dari Israel? Kalau aku jumpa, memang mampus kena kelar leher. Ramadhan ini lagi bagus dapat bunuh Yahudi ini." kata Besi Berani.

"Israel sangat sinonim dengan pencerobohan. Sudah menceroboh negara berdaulat Palestine, sekarang nak ceroboh Malaysia pula? Nampak sangat pintu masuk negara kita ini lemah," kata Amir Zain.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen menganggap perkara itu adalah biasa dan ini bukan pertama kali rakyat Israel masuk ke Malaysia.

"Apa yang peliknya Yahudi masuk ke Malaysia? Orang Malaysia nak masuk ke Israel pun boleh, atas alasan buat lawatan," kata Azuan.

Netizen Berang Lelaki Yahudi Ini Berjaya Masuk Ke Malaysia Netizen Berang Lelaki Yahudi Ini Berjaya Masuk Ke Malaysia Reviewed by OH Buletin on 1:41 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.