Pelakon Linda Helmi Sah Meninggal Dunia

Pelakon Linda Helmi Sah Meninggal Dunia | Pelakon drama era 90-an, Linda Helmi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping, Perak, kira-kira jam 4.30 petang tadi berikutan komplikasi hati.


Allahyarham atau nama sebenarnya Norlida Ahmad, dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu disebabkan penyakitnya.

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 1996 menerusi drama Ribuan Mimpi-mimpi.

Kerjaya seninya memuncak apabila drama Spektra yang dibintanginya menduduki rating tinggi dan disiarkan beratus-ratus episod di kaca televisyen.

Namanya turut dikenali ramai menerusi drama bersiri Pendekar, yang disiarkan selama tiga tahun berturut-turut di RTM.

Melengkapkan lagi portfolio, anak kelahiran Kuala Kangsar itu juga pernah merakamkan album bersama kumpulan The Rolling 60's pada tahun 1994.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak serta seorang cucu. Jenazahnya dibawa ke kediaman ibunya di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar dan akan dikebumikan esok.

Mari bersama-sama kita sedekahkan Al- Fatihah untuk arwah..

Pelakon Linda Helmi Sah Meninggal Dunia Pelakon Linda Helmi Sah Meninggal Dunia Reviewed by OH Buletin on 11:50 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.