Perogol Dipaksa Makan Kemaluannya Sendiri

Perogol Dipaksa Makan Kemaluannya Sendiri | Seorang wanita berusia 34 tahun dianggap sebagai hero oleh netizen selepas keberaniannya melawan seorang suspek yang cuba merogolnya baru-baru ini.


Wanita terbabit mengambil keputusan untuk menggunakan lorong sunyi sebagai jalan pintas ke tempat kerjanya. Namun dia telah diserang oleh seorang suspek yang berasal dari tanah besar China.

Suspek cuba mengoyakkan pakaiannya menyebabkan kedua-duanya bergelut seketika. Namun, keadaan sebaliknya berlaku apabila mangsa mengeluarkan pisau dari beg tangannya.

"Saya selalu bawa pisau kecil untuk tujuan mempertahankan diri," dedah wanita itu dalam sidang media dan menggesa golongan wanita juga berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

"Tanpa ragu-ragu, saya terus melibas seluarnya dan memotong kemaluannya sehingga putus," katanya.

Terkejut dengan tindakan mangsa, suspek cuba merangkak melarikan diri. Namun, mangsa belum berpuas hati menjatuhkan hukuman itu pada suspek.

"Saya mahu dia terima balasan terhadap jenayah yang dia cuba lakukan pada saya. Kerana saya pasti dia telah merogol wanita yang lain sebelum ini dan berjaya melepaskan diri.

"Jadi saya berkata kepadanya, 'saya takkan biarkan awak pergi begitu saja sehingga awak makan kemaluan awak sendiri'. " katanya.

Mangsa memegang kemaluan suspek dan memaksanya makan dan dalam masa yang sama meletakkan pisau di leher suspek bagi tujuan mengugut.

"Dia tiada pilihan dan saya serius memaksanya memakan alat kemaluannya sendiri. Jika tidak, saya akan mengelar lehernya," katanya.

Bimbang dibunuh oleh wanita itu, suspek menuruti arahan mangsa dan memakan alat kemaluannya secara perlahan-lahan.

"Selepas dia habis mengunyah, yang mana dia sebenarnya banyak memuntahkan alat sulitnya itu, barulah saya melepaskan dia. Lagipun dia cukup menderita," katanya.

Tiada sebarang perkembangan mengenai suspek, walaupun pihak hospital melaporkan bahawa ada menerima seorang pesakit lelaki yang cedera teruk, menyamai ciri-ciri perogol terbabit. Pesakit terbabit telah keluar dari hospital sebaik saja menerima rawatan dan dipercayai telah kembali ke tanah besar China.

Perogol Dipaksa Makan Kemaluannya Sendiri Perogol Dipaksa Makan Kemaluannya Sendiri Reviewed by OH Buletin on 1:11 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.