Pukul Isteri, Satu-Satunya Cara Untuk Mengawal Mereka - Ulama Pakistan

Pukul Isteri, Satu-Satunya Cara Untuk Mengawal Mereka - Ulama Pakistan | Seorang ulama terkemuka di Pakistan telah menyediakan panduan untuk para lelaki, langkah-langkah mengawai isteri dengan memukul isteri 'secara ringan' sebagai langkah terakhir menangani isteri yang bermasalah.


Lapor New York Post, Pengerusi Majlis Idealogi Islam Pakistan, Muhammad Khan Sherani, menawarkan panduan kuno itu kepada lelaki kerana, "Apabila kita merangka rang undang-undang berkaitan wanita, kita perlu mempertimbangkan semua jalan penyelesaian yang ada,"

Difahamkan Sherani akan mencadangkan undang-undang yang membenarkan suami memukul isteri mereka dan berbincang dengan badan perundangan negara itu. Namun, tiada kuasa untuk

Terdahulu dalam temubual bersama BBC yang disiarkan Khamis lalu, Sherani berkata,

"Jika isteri tidak memenuhi tanggungjawab mereka, nasihatkanlah dia. Jika cara itu juga tidak berfungsi, maka berundinglah dengan saudara maranya agar mereka dapat menasihatkan isteri. Jika cara itu tidak berkesan juga, tinggalkan dia di bilik tidur (jangan tidur bersama). Jika kesemua cara itu tidak mengubah apa-apa, pukullah isteri secara ringan adalah dibenarkan," katanya.

Katanya kepada BBC lagi, tanpa menggunakan cara itu, suami tidak berkemampuan untuk mengubah tingkah laku isteri mereka.

"Beritahulah saya, apa jalan penyelesaian kepada isu ini?" soalnya.

"Jika isteri tidak mendengar nasihat suami, tidak mendengar nasihat dari saudara maranya dan setelah semua cara digunakan untuk menegur isteri, apa lagi pilihan yang ada?" katanya.

Kenyataan ulama itu mencetuskan rasa tidak puas hati golongan wanita di Pakistan dengan mengkritik kenyataan ulama itu di laman sosial dengan hashtag #TryBeatingMeLightly".

Seorang penulis/blogger, @YumnaMustafaH berkata, "#TryBeatingMeLightly and I'll make sure you get poisoned slightly,".

Pukul Isteri, Satu-Satunya Cara Untuk Mengawal Mereka - Ulama Pakistan Pukul Isteri, Satu-Satunya Cara Untuk Mengawal Mereka - Ulama Pakistan Reviewed by OH Buletin on 9:45 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.