Punca Utama Kebanyakan Kes Perceraian Bukan Kerana Orang Ketiga Tetapi...

Punca Utama Kebanyakan Kes Perceraian Bukan Kerana Orang Ketiga Tetapi... | Pagi ini salah satu berita utama ialah kes seorang peguam syarie mempunyai masalah rumahtangga dengan isterinya. Beliau telah memfailkan Tuntutan kembali taat.


Semasa prosiding, seperti yang dilaporkan oleh wartawan:

Bukan sahaja baju dan seluar plaintif tidak diuruskan defendan, malah pakaian anak- anak dibiarkan berlonggok tanpa dilipat.

Defendan juga tidak mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan dan dibiarkan di dalam sinki, katanya.

Isu-isu seperti ini ditimbulkan. Sebenarnya sepanjang menjadi pengamal undang-undang, saya nampak banyak lagi alasan-alasan yang tidak munasabah, isu kecil dibesarkan yang dikemukakan oleh pihak suami atau isteri.

Dalam kes ini, Isteri beliau juga bekerja. Maknanya turut menyumbang kepada pendapatan keluarga. Isteri yang bekerja sudah tentu penat. Balik dari pejabat, di rumah kena lagi bekerja iaitu membasuh baju, mengosok baju, memasak, membasuh pinggan, menjaga anak dan menjaga suami yang memerlukan perhatian lebih dari anak.

Jadi bilakah masa isteri yang bekerja boleh rehat? Adakah membasuh baju mengosok baju memasak membasuh pinggan, vacuum rumah, menyapu, menukar lampin bayi, memandikan bayi dll hanya tugas seorang isteri? Dimanakah suami? Bekerja? Tapi isteri juga turut bekerja.

Perkahwinan adalah satu perkongsian untuk memperoleh Sakinah iaitu ketenangan, mawaddah iaitu kasih sayang dan warrahmah iaitu mesti ada belas ihsan. Jadi dalam perkahwinan harus ada persefahaman antara suami isteri terutama kepada isteri yang bekerja dan tidak mempunyai pembantu di rumah. Suami lah harus bantu isteri di rumah.

Kebanyakan masyarakat merasakan kerja rumah adalah tugas isteri. Rasulullah SAW juga kerap membantu isteri-isteri baginda didapur, pernah menjahit sendiri pakaian baginda yang koyak. Inilah contoh terbaik.

Jika isteri memasak, suami boleh membantu membasuh pinggan kotor. Jika isteri membasuh baju, suami boleh membantu mengosok baju. Jika isteri penat berjaga malam menjaga anak, suami boleh bangun pagi, siapkan anak-anak dan buat breakfast. Inilah konsep saling bantu membantu yang suami isteri perlu faham dan hadam.

Tiada salahnya suami membantu meringankan kerja rumah, seperti mana isteri yang bekerja meringankan tanggungjawab suami mencari nafkah untuk keluarga. Malah itu bukan sahaja dapat membantu isteri, malah akan dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Isteri pun ada masa untuk mencantikkan diri untuk suami. Kalau sibuk kerja di pejabat, sibuk di rumah, bila masa nak cantik jadi supermodel?

Lepas tu guna alasan isteri dah tak macam dulu, tak cantik dan mula pasang niat nak cari yang lain. Kalau kahwin lagi satu pun sama je. Tak bantu isteri kedua, nanti isteri kedua pun jadi macam isteri pertama. Isunya ialah bukan cari lain, bantu isteri dalam kerja rumah, confirm 24/7 isteri cantik sentiasa untuk suami.

Masalah rumah tangga melanda semua orang tidak kira miskin kaya tua muda, doktor, kerani, pilot, guru dll. Peguam pun ada mempunyai masalah. Ini adalah salah satu dugaan dan ujian. Sebab itu dalam perkahwinan kena sentiasa bertolak ansur. Tapi jangan sampai menindas pasangan kita dari segi emosi dan fizikal.

Punca utama perceraian bukan kerana orang ketiga, punca adalah sebab di atas iaitu tiada konsep bertolak ansur dan saling bantu-membantu. Dari situ baru muncul pihak ketiga.

Punca Utama Kebanyakan Kes Perceraian Bukan Kerana Orang Ketiga Tetapi... Punca Utama Kebanyakan Kes Perceraian Bukan Kerana Orang Ketiga Tetapi... Reviewed by OH Buletin on 10:26 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.