'Ramadhan Kali Ini Tidak Bermakna Bagi Aku...' | Saya anak bongsu dari dua beradik. It just me and along. Ada daddy dan mummy. I love them so much. Along kerja engineer di Ampang, daddy kerja pomen, mummy tukang jahit. Keluarga kitorang bahagia. Alhamdulillah, tiada apa-apa masalah dalam keluarga.
Since aku dan along sahaja dalam rumah, daddy dan mummy jaga kami bagaikan emas permata. Apa yang kami nak, tak pernah tak dapat. Walaupun daddy dan mummy tak kerja sehebat mana, tetapi kami tak pernah rasa susah. Rezeki hari-hari masuk. Kami hidup sederhana.
2016, umur aku 21, Along 32, daddy 56 dan mummy 52. Jarak umur jauh sangat dengan Along. Aku memang rapat dengan Along dan sudah tentu aku seorang anak yang manja sebab aku anak bongsu. Satu-satunya anak perempuan. Apa-apa yang aku buat, aku depends pada mereka. Boleh dikatakan aku tak pandai berdikari. Aku tak reti memasak, basuh baju segalanya. Hanya tahu makan, kacau Along, usik mummy dan main sudoku dengan daddy. 21 tahun aku hidup macam princess.
Sekarang, bulan ramadhan. Biasanya mummy akan masak makanan kegemaran aku dan Along setiap hari. Kami jarang berbeli juadah di bazar. Setiap kali nak berbuka puasa, kami akan makan di bawah rumah yang daddy telah renovate buat dining room. Kami happy saja.
Setiap kali Along balik rumah mesti meriah sebab aku dengan Along suka bergaduh. Benda kecil pun nak gaduh. Bila tiba raya, kami pakai pakaian raya yang tahun lepas punya. Memang bukan jenis aku nak beli baju baur setiap tahun. Mana yang boleh dipakai lagi, kitorang akan pakai.
Along cakap pada mummy yang dia nak belikan kitorang baju baru bila dapat gaji nanti. Waktu itu, Along baru saja mula bekerja selepas 3 tahun menganggur. Mummy cakap okay saja. Aku buat biasa-biasa saja, orang nak belanja takkan nak tolak kan? Raya kami biasa-biasa sahaja, tiada yang istimewa bagi orang lain. Hidup seperti biasa.
Tetapi itu sebelum diorang semua meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Semua itu sebelum Along mendapat gaji pertama dia. Semua itu sebelum aku mendapat baju baru dari Along.
Sudah dua tahun aku puasa, raya seorang diri. Dua tahun aku hidup keseorangan tanpa Along, mummy dan daddy. Dua tahun itu juga aku cuba bangkit semula tetapi sampai sekarang aku masih down. Aku struggle hidup seorang diri. Aku rasa macam nak mati, nak mengikut mereka.
Nak tampung hidup, macam-macam kerja aku buat. Macam-macam kerja part time aku cari semata-mata nak hidup. Aku lost, tiap-tiap malam aku menangis. Kalau dulu, mereka yang support aku. Sekarang aku kena support diri sendiri. Aku tak ada kawan, tak ada saudara mara. Mummy dan daddy anak tunggal. Semua benda aku kena buat sendiri.
Mummy dan daddy meninggal sebab eksiden, kena rempuh dengan lori di lebuhraya. Mummy kritikal, sampai hospital tak sempat buat apa-apa, mummy pergi. Daddy meninggal di tempat kejadian.
6 bulan aku dijaga oleh Along. Selepas itu, Along pun meninggalkan aku juga. Along eksiden motosikal semasa dalam perjalanan balik ke rumah, kena rempuh dengan kereta dan meninggal di tempat kejadian kerana pendarahan teruk di kepala.
Aku lost, aku murung, aku tak bercakap dengan sesiapa untuk beberapa bulan. Aku mengurung diri dalam rumah. Jiran-jiran banyak membantu aku tetapi aku banyak mendiamkan diri dan tak pedulikan orang lain. Apa yang aku buat, aku menangis sampai bengkak mata. Aku rindukan diorang, sumpah rindu gila. Aku patah semangat nak hidup.
Ramadhan kali ini tidak bermakna. Raya yang bakal tiba pun tiada maknanya lagi. Aku masih mendiamkan diri, tak bercampur dengan masyarakat sekeliling sebab aku takut. Aku takut bila diorang rapat dengan aku, diorang akan pergi seperti keluaga aku. Aku anggap yang aku ini pembawa malang. Aku tidak mahu orang lain menerima nasib yang sama.
Macam mana aku nak bangun balik? Mummy, daddy, Along, adik rindu.. rindu sangat-sangat..

TETAPI ITU SEMUA SEBELUM MEREKA PERGI...

MUMMY, DADDY & ALONG KEMALANGAN
Mummy dan daddy meninggal sebab eksiden, kena rempuh dengan lori di lebuhraya. Mummy kritikal, sampai hospital tak sempat buat apa-apa, mummy pergi. Daddy meninggal di tempat kejadian.
6 bulan aku dijaga oleh Along. Selepas itu, Along pun meninggalkan aku juga. Along eksiden motosikal semasa dalam perjalanan balik ke rumah, kena rempuh dengan kereta dan meninggal di tempat kejadian kerana pendarahan teruk di kepala.
PATAH SEMANGAT NAK HIDUP
Aku lost, aku murung, aku tak bercakap dengan sesiapa untuk beberapa bulan. Aku mengurung diri dalam rumah. Jiran-jiran banyak membantu aku tetapi aku banyak mendiamkan diri dan tak pedulikan orang lain. Apa yang aku buat, aku menangis sampai bengkak mata. Aku rindukan diorang, sumpah rindu gila. Aku patah semangat nak hidup.
Ramadhan kali ini tidak bermakna. Raya yang bakal tiba pun tiada maknanya lagi. Aku masih mendiamkan diri, tak bercampur dengan masyarakat sekeliling sebab aku takut. Aku takut bila diorang rapat dengan aku, diorang akan pergi seperti keluaga aku. Aku anggap yang aku ini pembawa malang. Aku tidak mahu orang lain menerima nasib yang sama.
Macam mana aku nak bangun balik? Mummy, daddy, Along, adik rindu.. rindu sangat-sangat..
'Ramadhan Kali Ini Tidak Bermakna Bagi Aku...'
Reviewed by OH Buletin
on
10:13 AM
Rating:

No comments: