'Ramai Sudah Yang Menjadi 'Mangsa' Plus Highway dan Touch n Go'

Ramai Sudah Yang Menjadi 'Mangsa' Plus Highway dan Touch n Go | Sejauh mana ketelusan pihak Plus Highway dan Touch n' Go? Saya tidak pernah meragui dua pihak ini sehinggalah kejadian baru-baru ini. Sila share agar ramai pengguna lebih peka.

touch and go, smart tag, gambar touch and go, plus highway tipu

Begini ceritanya. 

Saya pengguna Smart Tag. Pada 1 Jun 2016, saya memandu dari Jalan Duta dan keluar dari Tol Rawang Selatan. Seperti biasa, adakalanya saya perhatikan atau langsung tak peduli berapa jumlah yang ditolak dari Smart Tag saya.

Nilai yang terdapat dalam Smart Tag saya ada RM100 lebih dan secara tiba-tiba menjunam ke angka RM50+. Yang bermakna Plus Highway telah menggenakan caj bayaran pada saya lebih dari RM50 lebih untuk perjalanan yang kurang dari RM10.00.

refund touch and go, touch and go, smart tag, gambar touch and go, plus highway tipu

Saya segera menghubungi Touch n'Go dan Plus Highway. Kedua-dua syarikat berkenaan memberikan alasan yang sama yang berbunyi seperti ini:

 "Oh, ini perkara biasa. Mungkin magnetic reader ada ralat. Encik boleh pergi ke mana-mana pejabat PLUS yang berhampiran untuk dapatkan pengembalian wang," 

Alasan yang diberikan benar-benar tidak dapat diterima. Saya kemudian bertanya pada kedua-dua syarikat itu, jika saya tidak menyedari berapa amaun yang telah ditolak dari kad saya, apakah tindakan mereka? Dan jawapannya,

 "Jika encik tak buat aduan, kami tidak akan tahu dan tiada sebarang pengembalian wang yang akan dilakukan."

Saya rasa sudah cukup perkongsian ini. Di bawah ada beberapa soalan untuk anda:

Bayangkan jika ada 10,000 pengguna jalan raya yang melalui lorong Smart Tag (yang rosak) itu?

Adakah Plus Highway dan Touch n'Go sudah menjaga kepentingan penggunanya? Di mana tanggungjawab sosial mereka?

Kedua-dua syarikat tidak memberikan saya sebarang opsyen solusi dan memaksa saya pergi ke pejabat mereka yang berhampiran untuk mendapatkan pengembalian wang. Adakah tindakan itu adil?

Insiden ini membuatkan saya terfikir, sudah berapa banyak kali amaun Smart Tag saya ditolak begitu banyak yang mana saya tidak pernah ragu-ragu tentangnya sebelum ini?

Adakah insiden yang menimpa saya ini akan membuatkan anda lebih peka selepas ini?


'Ramai Sudah Yang Menjadi 'Mangsa' Plus Highway dan Touch n Go' 'Ramai Sudah Yang Menjadi 'Mangsa' Plus Highway dan Touch n Go' Reviewed by OH Buletin on 9:21 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.