'Sebelum Kahwin, Romantik Macam Kayu, Tetapi Selepas Kahwin...'

'Sebelum Kahwin, Romantik Macam Kayu, Tetapi Selepas Kahwin...' | Susulan ramai yang 'teruja' sangat dengan pasangan bukan laki bini di negara todak itu, tidak kurang ramai juga yang tampil menasihati pasangan yang mudah terpengaruh agar berpijak di bumi yang nyata.


"Suami saya, sebelum kahwin, tak sweet. Romantik dia? Macam kayu. Tulis lagu untuk saya pun tak ada. Pffff! Musicianlah sangat.

"Tetapi selepas kahwin, dia cuci berak kencing anak, bagi anak bini makan dulu sebelum dia sendiri makan dan bangun jam 3 pagi bila anak muntah atas katil bila saya sendiri tak larat nak bangun.

"Adik-adik, nak tunggu lelaki yang betul-betul romantik? Tunggu at least 10 tahun selepas kahwin. Romantik bunga-bunga dan kata-kata manis sebelum kahwin,

TAK ADA MAKNANYA!!


Ini time angin kus-kus, semua benda bau wangi. Tunggu bila perut dah ada stretch marks, segala yang tergantung megah dari mula ikut hukum graviti, eyebags lebih ketara, kejelitaan sudah semakin pudar dan kelembutan suara dah jadi seperti 'Mak Singa' akibat melayan anak saban hari. Waktu itu barulah ujian romantis yang sebenar.

'Sebelum Kahwin, Romantik Macam Kayu, Tetapi Selepas Kahwin...' 'Sebelum Kahwin, Romantik Macam Kayu, Tetapi Selepas Kahwin...' Reviewed by OH Buletin on 1:32 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.