Selepas Sekian Lama, Akhirnya Zurailie Dedah Punca Sebenar Dia Rogol Dan Bunuh Kerani Sekolah

Selepas Sekian Lama, Akhirnya Zurailie Dedah Punca Sebenar Dia Rogol Dan Bunuh Kerani Sekolah | Penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan membunuh kerani wanita sekolah agama di Bukit Pasir, Muar, di sini, bulan lalu.

kes bunuh zurailie, penjenayah bunuh dan rogol

Tertuduh, Zurailie Muhamad, 30, bagaimanapun hanya mengangguk faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Zurailie didakwa membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, di rumah di Taman Setia Kasih,Sungai Terap,di sini, antara 2.05 hingga 2.30 petang, 16 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya A Shaarmini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Syafiq kemudian menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes

Spekulasi

Menurut beberapa sumber dari rakan media, suspek disyaki seorang penagih dadah dan mempunyai beberapa kes jenayah sebelum ini.

Tidak mustahil beliau bertindak membunuh mangsa tersebut ketika dibawah pengaruh dadah. Apapun sebab beliau bertindak dengan begitu kejam, admin yakin mesti ada sesuatu sebab disebalik motif pembunuhan ini.

Mungkin dendam? ataupun suspek dah lama berniat merogol mangsa dan hanya menunggu masa yang sesuai?

Apapun, sama-samalah kita nantikan keputusan dari pihak polis dan semoga kes ini dapat diselesaikan dengan adil.

Selepas Sekian Lama, Akhirnya Zurailie Dedah Punca Sebenar Dia Rogol Dan Bunuh Kerani Sekolah Selepas Sekian Lama, Akhirnya Zurailie Dedah Punca Sebenar Dia Rogol Dan Bunuh Kerani Sekolah Reviewed by OH Buletin on 11:17 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.