'Sememangnya Duit Kerajaan Bukan Duit Rakyat' - Syed Atif

'Sememangnya Duit Kerajaan Bukan Duit Rakyat' - Syed Atif | Susulan banyak pihak yang mengkritik kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Langkawi, Dato Ir Nawawi Ahmad, Ketua Pemuda UMNO Perlis, Syed Atif tampil mempertahankan beliau.

wang rakyat , ahli parlimen langkawi, dato ir nawawi

"Beliau (Nawawi) telah merumuskan secara tepat dan tajam bahawa gaji wakil rakyat dibayar dengan wang kerajaan, bukan wang rakyat. Ini bermakna kerajaan merupakan suatu entiti yang berasingan.

"Apa yang perlu difahami, wakil rakyat dipilih oleh rakyat di sesebuah kawasan sebagai wakil mereka dalam kerajaan dan kerajaan membayar gaji mereka. Argumen bahawa duit kerajaan adalah duit rakyat, semata-mata bersandarkan kepada sumber kewangan kerajaan yang sebahagiannya datang dari bayaran cukai dan kutipan wang dari rakyat.

"Jika argumen seperti ini dijadikan pegangan, bermakna wang kutipan jualan oleh peniaga-peniaga runcit di pasar, supermarket dan kedai tayar juga merupakan duit rakyat kerana wang tersebut dikutip dari poket rakyat. Mengapa rakyat tidak pernah memandai-mandai atau cuba menuntut saham dalam perniagaan mereka ini?" katanya.

Jelas Ketua Pemuda UMNO Perlis itu lagi, rakyat membayar wang kepada para peniaga runcit dan mendapatkan barangan. Di sisi lain, rakyat membayar wang kepada kerajaan dan memperolehi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan sebagai imbalan.

"Ini kerangka asas ekonomi dan kenegaraan yang sedia difahami oleh rakyat terbanyak, kecuali sekelompok rakyat yang sengaja cuba mencipta kekeliruan.

"Hakikatnya wang kerajaan sama sekali bukan wang rakyat. Tiada satu sen pun wang kerajaan boleh dibelanjakan sekalipun 30 juta rakyat Malaysia menurunkan tandatangan bersetuju membelanjakannya," katanya.

'Sememangnya Duit Kerajaan Bukan Duit Rakyat' - Syed Atif 'Sememangnya Duit Kerajaan Bukan Duit Rakyat' - Syed Atif Reviewed by OH Buletin on 3:36 PM Rating: 5

1 comment:

  1. patut la zaman skang byk sangat org politik yang kaki menketedarah duit haram....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.