TMJ Timang Cahaya Mata Pertama

Inilah Puteri Sulung TMJ  | Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che' Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan puteri sulung, pagi ini.

anak perempuan tmj, puteri sulung tmj, anak tmj

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, mengumumkan berita gembira itu dalam satu kenyataan, di sini pagi ini.

"Jumaah Diraja Johor merafak syukur ke hadrat Allah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dan Yang Mulia Che puan Khaleeda Bustamam atas keputeraan anakanda pertama baginda berdua.

"Seorang puteri pada 25 Jun 2016 bersamaan 20 Ramadan 1437 di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah. Che Puan Khaleeda dan paduka puteri berada dalam keadaan sihat walafiat," katanya.

TMJ Timang Cahaya Mata Pertama TMJ Timang Cahaya Mata Pertama Reviewed by OH Buletin on 12:16 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.