(Video) Gadis Remaja 15 Tahun Dicabul Dalam Lif

(Video) Gadis Remaja 15 Tahun Dicabul Dalam Lif | Seorang gadis yang dipercayai berusia lingkungan 15 tahun ke bawah, dicabul oleh seorang lelaki warga asing di dalam lif.


Video berdurasi 1 minit 40 saat itu telah ditonton 176,000 netizen dan mendapat 2,967 perkongsian di laman Facebook.

Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mula menunding jari terhadap lambakan warga asing di negara ini.

"Kalau terserempak beliau, sila rembat sampai lunyai. Bagi pengajaran, takut mak, kakak, adik-adik kita pula yang menjadi mangsanya. Beliau mahu kita mengajarnya cara menghormati perempuan," kata Mohd Rahmad.

"Inilah sebabnya kenapa saya selalu menggunakan tangga berbanding lif. Golongan lelaki miang ini ada di mana-mana. Budak kecil pun nak dicabulnya," kata Dayang Nadia Rina.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi kejadian berlaku. Berdasarkan video, individu yang merakam video terbabit mahu membuat laporan polis berhubung kes tersebut.

Golongan wanita dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak menggunakan lif sekiranya menghadapi situasi seperti itu.


(Video) Gadis Remaja 15 Tahun Dicabul Dalam Lif (Video) Gadis Remaja 15 Tahun Dicabul Dalam Lif Reviewed by OH Buletin on 10:50 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.