Video Pendek Jenazah Prof. Izzi di Masjid Kamunting Jitra Kedah

Video Pendek Jenazah Prof. Izzi di Masjid Kamunting Jitra Kedah | Pakar motivasi, Profesor Madya Md. Izuddin Ali atau Prof. Izzi meninggal dunia di Putra Medical Centre (PMC) Alor Setar hari ini.


Allahyarham Md. Izuddin, 52, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.15 petang akibat strok.

Menurut isterinya, Roziah Shafie, 48, Allahyarham dikejarkan ke Hospital Jitra di sini pada 11 Jun lalu selepas rebah ketika berwirid selepas menunaikan solat asar berjemaah di Masjid Al-A'la di Tanah Merah di sini.

"Pada masa itu, bahagian badan sebelah kiri suami kejang dipercayai akibat serangan strok dan selepas disahkan strok, dia terus dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar," katanya di sini hari ini.


Katanya lagi, keadaan suaminya menunjukkan perkembangan baik dan pihak hospital membenarkannya pulang ke rumah semalam namun dia minta ditangguhkan kerana belum membeli kelengkapan suami seperti kerusi roda.

Namun, pada malam tadi dia kelihatan gelisah dan mengadu pening dan muntah kira-kira pukul 8 pagi tadi.

"Dia kemudiannya dibawa ke PMC untuk membuat imbasan otak namun sebaik sahaja selesai proses itu, doktor memaklumkan degupan jantungnya sudah tiada dan disahkan meninggal dunia pada pukul 1.15 petang tadi," jelasnya.

Allahyarham popular dicorong-corong radio dengan taglinenya, Renung-renungkan dan Selamat Beramal sering menjadi sebutan peminatnya.

Video Pendek Jenazah Prof. Izzi di Masjid Kamunting Jitra Kedah Video Pendek Jenazah Prof. Izzi di Masjid Kamunting Jitra Kedah Reviewed by OH Buletin on 11:39 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.