'Ya Allah, Bidan Itu Makan Uri Anak Saya Dengan Lahap..'

'Ya Allah, Bidan Itu Makan Uri Anak Saya Dengan Lahap..' | Malam dimana Kak Imah bersalin,selepas menunaikan Solat Maghrib tiba-tiba Imah berasa basah di bahagian sulitnya,setelah di periksa ternyata air ketuban telah pun keluar menandakan bayi akan keluar bila-bila masa sahaja.Kak Imah meraung kesakitan yang amat,jeritannya di dengari oleh Mak Som,ibumertua Kak Imah.


Oleh kerana waktu terlalu singkat,untuk menuju ke hospital memakan masa yang panjang. Mak Som mengambil keputusan meminta bantuan daripada mak Nab seorang Bidan kampung yang dulunya bertanggungjawab menyambut kelahiran di kampung.Walaupun mengetahui Mak Nab membela Hantu Raya, namun demi nyawa menantunya serta tiada pilihan lain,Mak Som terpaksa memanggil Mak Nab !.

Dengan tergopoh-gapah dan dalam keadaan terpaksa meninggalkan Kak Imah seorang diri menahan kesakitan di rumah,Mak Som menjemput Mak Nab.Setibanya Mak Nab di rumah,melihat keadaan Kak Imah dah semakin tenat,Mak Nab segera meminta Mak som menyiapkan air panas,kaik batik dan sebagainya.sekali urut sahaja.Cucu sulung Mak Som selamat dilahirkan.

Dalam kegembiraan dan keseronokan menyambut kelahiran Orang baru,Mak Som dan kak Imah bersaksi empat mata melihat sendiri. Tiba-tiba Mak Nab berubah perangai menjadi begitu menakutkan,dengan suara mengerikan Mak Nab mengambil uri yang tinggal dengan lahapnya memakan uri yang berdarah-darah seperti haiwan buas yang kelaparan!.

Mak Som segera membawa cucunya kebilik lain bimbang jika mak Nab mengapa-apakan cucu barunya.Tanpa rasa bersalah seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku Mak Nab membersihkan tubuh kak Imah,dan meminta diri untuk balik.Mak Som bersyukur kerana semuanya telah selamat walaupun terpaksa melalui detik ngeri melihat Mak Som melahap uri menantunya.

Keesokan harinya,Mak Som memanggil Jururawat desa untuk memeriksa keadaan Kak Imah dan cucunya.segala-galanya selamat dan Imah akan membuat pemeriksaan susulan seperti biasa setelah habis pantang.Setelah abang Jidin kembali dari Laut,Kak Imah menceritakan detik ngeri apabila mak Nab bidan kampung memakan urinya.Abang Jidin cuma diam termenung dan memikirkan itu cuma saka mak Nab.baginya,syukur anak dan Isterinya selamat.

Kisah ini merupakan pengalaman sebenar Kak Imah,ketika melahirkak Hidayah anak sulung mereka lapan tahun yang lepas.dan mengikut keterangan Kak Imah melalui panggilan telefon,sehingga kini Mak Nab masih lagi tinggal di kampungnya walaupun usia telah lanjut namun kederatnya seperti usia awal 30an.

'Ya Allah, Bidan Itu Makan Uri Anak Saya Dengan Lahap..' 'Ya Allah, Bidan Itu Makan Uri Anak Saya Dengan Lahap..' Reviewed by OH Buletin on 4:54 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.