4 Remaja 15 Tahun Datang Beraya Sebab Nak Curi Handphone

4 Remaja 15 Tahun Datang Beraya Sebab Nak Curi Handphone | Hari raya dicemari kejadian yang tidak diingini. Mohd Hafes, memuat naik gambar 4 remaja lelaki berusia lingkungan 15 tahun yang berjaya dicekup oleh abang iparnya, cuba mencuri handphone rumah mereka ketika datang beraya.


"Orang beraya, bagi kau masuk rumah, bagi kau makan elok-elok, layan bagus-bagus. Tapi kau sedap-sedap try (curi) handphone dalam rumah.

"Abang ipar aku nampak dia (baju purple) keluar masuk rumah. Rupa-rupanya letak handphone di pagar. Kenal anak siapa ini semua. Berkobar-kobar nak balik, bagi salam lebaran sikit," katanya.

Menurut Hafes, ahli keluarganya juga turut menemui kerambit di dalam beg salah seorang remaja terbabit.

"Bhai!! Lu sangat bernasib baik wa tak ada di situ, jilake! Berapalah rumah yang kau dah tibai di Koyan 3 itu agaknya? Dalam beg bawa kerambit bagai haih. Minta dijauhkanlah rekrut baru keturunan perompak di Sungai Koyan ini," katanya.

Difahamkan, remaja berbaju purple terbabit bertindak mencuri telefon milik anak saudara Mohd Hafes, sementara rakan-rakannya yang lain membuat tuan rumah leka seketika bagi menjayakan rancangan jahat mereka.

4 Remaja 15 Tahun Datang Beraya Sebab Nak Curi Handphone 4 Remaja 15 Tahun Datang Beraya Sebab Nak Curi Handphone Reviewed by OH Buletin on 8:33 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.