Adi Putra Cuba Tenangkan Hati Aida Setelah Dimadu, Bawa Bercuti Ke Luar Negara

Adi Putra Cuba Tenangkan Hati Aida, Bawa Bercuti Ke Luar Negara.. | Aktor, Adi Putra, 35 dan isterinya, Aida Yusof, 41, cuba bermain teka-teki dengan pengikut laman Instagram mereka apabila kedua-duanya memuat naik gambar serupa kira-kira pukul 3.45 petang tadi.

adi putra, aida yusof

Tanpa menyertakan sekali kapsyen yang jelas, sama ada Adi mahupun Aida hanya meletakkan emotikon berbentuk senyuman, lantas mengundang segelintir pengikut laman sosial itu saling berteka-teki membuat telahan masing-masing.


Bukan itu sahaja, di ruangan komen, masih terdapat segelintir peminat Adi yang memarahinya kerana menduakan Aida, namun pada masa yang sama, sebahagian daripadanya mendoakan agar kedua-dua rumah tangga yang dibina pelakon KL Gengster itu berkekalan.


Difahamkan oleh sumber terdekat, Adi dan Aida sedang bercuti di luar negara sehingga hujung minggu ini dalam usaha pelakon berkenaan cuba menenangkan hati isteri pertamanya itu yang baru sahaja menerima madu.

[ Artikel Berkaitan : Punca Adi Putra Menduakan Aida Terjawab Sudah ]

Pada 16 Julai lalu, Adi mengejutkan industri hiburan tempatan apabila foto pernikahan dengan isteri keduanya yang merupakan pegawai beruniform di sebuah agensi kerajaan tersebar meluas di Internet sehingga menyebabkan pelakon itu terpaksa membatalkan penganjuran majlis rumah terbuka Aidilfitri dan ulang tahun penubuhan kelab peminatnya yang sepatutnya diadakan pada keesokan harinya.


Adi Putra Cuba Tenangkan Hati Aida Setelah Dimadu, Bawa Bercuti Ke Luar Negara Adi Putra Cuba Tenangkan Hati Aida Setelah Dimadu, Bawa Bercuti Ke Luar Negara Reviewed by OH Buletin on 9:59 PM Rating: 5

1 comment:

  1. kalau dah jodoh beristeri dua..terima dan redha sahajalah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.