Alhamdullilah, Seorang Lagi Mak Nyah Kembali Ke Pangkal Jalan, Berubah Jadi Fitrah Asal..

Alhamdullilah, Seorang Lagi Mak Nyah Kembali Ke Pangkal Jalan, Berubah Jadi Fitrah Asal.. | Apabila sudah sampai hidayah buat seseorang, tidak kira walau sejahil mana pun seseorang itu pasti akan kembali ke jalan yang benar.


Kerana itu kita sebagai manusia tidak berhak melabel atau menghukum sesama insan. Kita bukan penentu masa depan dan dosa pahala seseorang. Benar, kita boleh menengur tapi bukan dengan mengutuk atau dengan cara memalukan seseorang.


Jika tujuan dan niat kita benar-benar baik, tegurlah dengan cara paling baik tetapi jika niat kita sebaliknya sudah tentu kita akan menanggung dosa dengan orang yang kita sakiti.
Kisah mengenai Amy ini mungkin memberi pengajaran buat semua.

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. Benarlah hidayah itu milik Allah. Hari ini hari paling bersejarah buat sahabat transgender kita ‘Amy’ yang sedang dalam perjalanan ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah. Berapa banyak dosa yang kita telah lakukan tidak penting berbanding apa usaha kita untuk mendekatkan semula diri kita kepada Allah yang Maha Besar. Wahai sahabat-sahabat LGBT di seluruh dunia, kembalilah ke jalan yang diredhai Allah. Jangan fikir apa manusia kata tapi fikir apa Allah hendak dari kita. Pintu taubat sentiasa terbuka wahai sahabat. Jangan berlengah sehingga terlewat. Semoga Allah menerima taubat dan amalan kita semua. Semoga Allah menerima umrah Amy. Amin.

Sama-sama kita doakan beliau dan 'rakan-rakan' nya yang lain supaya kembali ke pangkal jalan. Amin..

Alhamdullilah, Seorang Lagi Mak Nyah Kembali Ke Pangkal Jalan, Berubah Jadi Fitrah Asal.. Alhamdullilah, Seorang Lagi Mak Nyah Kembali Ke Pangkal Jalan, Berubah Jadi Fitrah Asal.. Reviewed by OH Buletin on 12:36 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.